Ylang – Ylang, Bunga Pengantin Tradisi Yang Banyak Khasiatnya
Ylang-ylang atau nama kampungnya, bunga kenanga merupakan tumbuhan berasal dari hutan malar hijau dan banyak terdapat dikawasan tropika yang natif dari kawasan Indo-Malayan (termasuk Malaysia). Bunga kenanga adalah sejenis bunga yang mengeluarkan bau wangi dan harum. Jadi tak hairanlah jika bunga ini dikenali dengan nama ‘perfume tree’.
Bunga yang biasa ditaburkan di atas tempat tidur pengantin baru ini ternyata memiliki banyak khasiat setelah melalui proses distilasi menjadi essential oil. Minyak bunga kenanga ini sangat sesuai dijadikan aromaterapi kerana dapat mengatur aliran kelenjar adrenalin dalam sistem saraf sehingga menimbulkan perasaan senang dan tenang serta menghilangkan rasa gelisah, marah dan panik.
Antara khasiat lain minyak pati ylang-ylang ini adalah : –
- Membantu stabilkan hormon
- Baik untuk kesihatan kulit dan rambut
- Memberi ketenangan
- Mengurangkan masalah emosi (trauma)
Itu sebabnya minyak pati ylang-ylang menjadi salah satu bahan dalam formulasi Balm Sleep Time. Balm ini membantu anak-anak tidur lebih mudah dan lena. Ia juga berkesan untuk golongan dewasa yang menghadapi masalah susah tidur atau sering terjaga di waktu malam.
Gabungan ylang-ylang dan pati tumbuhan lain seperti lavender, cedarwood dalam Balm Sleep Time membantu anak kecil untuk tidur lebih lena dan bangun dalam keadaan mood yang ceria tanpa meragam.
Balm ini boleh didapati di store kami. Boleh klik di bawah.