Tasneem Naturel T-Rub Balm Bantu Anak Kembung Perut

Masalah bayi kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku, terutama bayi yang berumur 6 bulan ke bawah. Kebiasaannya, kembung perut ini kerap berlaku terutamanya pada waktu malam.

 

Antara tanda-tanda bayi kembung perut adalah :

  1. Bayi yang mengalami kembung perut ini akan menangis  berterusan walaupun setelah disusukan mahupun didukung. Agak sukar untuk ditenangkan.
  2. Perut bayi agak keras dan kerap buang angin.
  3. Perhatikan gerakan bayi – bayi sering menggeliat dan melengkungkan punggungnya ke belakang serta mengangkat kedua kakinya seiring mimik muka yang menggambarkan dia sakit atau tak selesa.

 

Kejadian kembung perut ini seringkali dikaitkan dengan alahan terhadap protein susu formula, ibu yang menyusu badan yang tidak menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang tidak sesuai. Sistem pencernaan bayi yang masih belum matang juga boleh jadi menyebabkan keadaan kembung ini berlaku.

 

Antara perkara yang boleh ibu-ibu buat bagi mengatasi bayi kembung perut ialah :

  • Menyusukan bayi dengan betul. Perhatikan posisi mulut bayi semasa menyusukan samaada direct feeding mahupun menggunakan botol susu.
posisi mulut bayi menyusu
Posisi breastfeeding
  • Biarkan bayi bergerak aktif seperti meniarapkan bayi dari semasa ke semasaatau membiarkan merangkak dan bergerak bebas. Gerakan-gerakan ini boleh membantu proses pencernaan yang optimum dan membebaskan gas keluar melalui kentut dan sendawa.

 

  •  Senaman basikal untuk bayi! Mudah je, baringkan bayi dan angkat kakinya ke perut untuk memaksa udara keluar melalui dubur. Kemudian gerakkan kaki bayi seperti dia sedang mengayuh basikal beberapa kali dan angkat kakinya ke perut semula.Ulang beberapa kali dan tunggu bunyi ketut!
senaman basikal untuk bayi kembung
Credit : happyfamilyorganics.com
  • Urutan bayi terutamanya selapas mandi. Biasakan membuat massage lembut pada bayi. Boleh membuat urutan I Love U. Urutan ini bukan sahaja membantu untuk mengelakkan anak kembung malah boleh memberikan ketenangan dan keselesaan bagi anak.
urutan i love u
Kaedah urutan I Love U
  • Selain itu, mommies juga boleh menggunakan minyak bayi atau balsam bayi yang sesuai untuk membantu mengelakkan bayi kembung perut. Mommy sendiri suka menggunakan Balm T Rub Tasneem Naturel kerana ianya mengandungi 9 minyak pati tumbuhan semulajadi untuk bayi kembung. Bukan sahaja untuk kembung perut, malah berkesan juga bantu sembelit dan cirit-birit.

 

balm kembung perut bayi
Sesuai untuk sakit perut, kembung perut, cirit-birit dan sembelit.

 

Balm Tasneem Naturel T Rub ini diformulasikan menggunakan 9 jenis minyak pati tumbuhan semulajadi premium!

bahan dalam t rub
Mengandungi minyak pati lavender, halia, peppermint, junipers, fennel, lemongrass, bunga lawang dan tangerine.

 

Beberapa keistimewaan Balm Tasneem Naturel T Rub ini adalah :

  1. Tidak panas atau berangin (tidak mengandungi menthol)
  2. Tidak merengsakan kulit bayi
  3. Tidak berminyak atau melekit
  4. Mudah diserap ke dalam kulit

 

Antara feedback ibu-ibu yang sudah menggunakan Balm Tasneem Naturel T Rub malah ada yang setia menggunakannya dari anak sulung sampai anak kedua malah nak masuk yang ketiga pun nak guna T rub je!

tasneem naturel, balm bayi,tasneem naturel,tasneem balm, produk tasneem, balm tasneem naturel, tasneem balm harga, petua hilangkan cirit-birit kanak-kanak, bayi sukar tidur, anak tantrum, calm time, petua hilangkan selsema bayi, petua hilangkan batuk bayi
Membuang hari-hari. Perut pun tak kembung.

 

testimoni tasneem naturel
Anak rasa selesa tak kembung.

 

tasneem naturel
Balm Tasneem Naturel serasi dengan anak.

 

tasneem naturel, balm bayi
Anak langsung tak meragam !

Balm ini sesuai untuk diselitkan dalam beg keperluan anak kerana saiznya yang sesuai untuk travel. Nak masukkan dalam handbag atau beg make up ibu-ibu juga boleh.

Lagi satu, ianya sesuai untuk digunakan oleh newborn hingga dewasa. Mommy juga selalu guna untuk diri-sendiri sekiranya rasa sebu, kembung atau ketika sembelit melanda. Sapu pada waktu malam, esok pagi-pagi sure keluar segala jenis angin mahupun khazanah akibat sembelit tersebut. Mudah! Mak dan anak guna balm yang sama aje.

Semoga tulisan Mommy kali ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana.

Untuk maklumat lanjut mahupun belian online boleh klik di bawah ya :

mommyluv.net

mommyluv.net

mommyluv

We never know the love of a parent till we become parents ourselves.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

error: Please share this article. Tq