Tip Memilih Yogurt Yang Sesuai Untuk Anak

Lama Mommy tak update tentang makanan anak kan? So, hari ni ada sedikit info yang nak share tentang yogurt untuk anak.

 

Bila boleh kenalkan yogurt untuk anak ye?

Seawal usia 8-10 bulan dah boleh perkenalkan yogurt pada anak.

 

Bagus ke bagi yogurt untuk anak?

Bagus. Sebab yogurt ada probiotic, yang mana probiotic ini sangat penting untuk kesihatan usus. Bila usus sihat, nutrient lain pun mudah diserap. Usus yang sihat secara tak langsung membantu meningkatkan immune system badan anak. Boleh juga mengelakkan sembelit di kalangan anak kecil.

 

Berapa banyak anak boleh makan yogurt?

2 – 3 sudu sehari sudah memadai, lagi bagus kalau dibagi setiap hari

 

Banyak sangat natural yogurt di pasar raya. Nak pilih yang mana satu?

Ok, ini tips memilih yogurt untuk anak-anak kita.

1. Pastikan kita pilih Natural Yogurt. Yogurt tanpa perisa, pewarna dan gula tambahan.

2. Pilih yang full cream. Anak-anak perlukan lemak baik untuk membesar.

3. Elakkan ambil Low Fat. Bukan tak baik, cuma kurang sesuai untuk anak yang sedang membesar. Untuk mak-mak bolehlah ambil low fat.

 

Berapa lama yogurt boleh tahan?

Kalau letak dalam peti sejuk, biasanya akan tahan lebih kurang seminggu. Pastikan beli saiz yang bersesuaian untuk elakkan rosak dan membazir.

 

Bagaimana nak pastikan yogurt tahan lama?

Mungkin tip ini berguna untuk mommies di luar sana. Caranya, masukkan yogurt dalam bekas ice cube dan sejuk bekukan. Setelah disejuk beku, masukkan kiub-kiub yogurt tersebut ke dalam ziplock plastic. Nak guna boleh ambil beberapa kiub. Dengan cara ini yogurt boleh disimpan lama.

 

Apa menu yang sesuai dibuat dengan yougurt?

1. Campur  dengan buah-buahan

tips beri yogurt kepada anak

 

2. Yogurt Bark. Cara penyediaan sama saja, campur dengan buah. Kemudian sapu rata pada pinggan atau mangkuk dan sejuk bekukan. Setelah beku atau keras boleh, patah-patahkan dan beri anak makan.

yogurt bark untuk anak

Yogurt Bark sesuai sangat untuk  anak  gatal gusi nak tumbuh gigi.

 

3. Buat smoothies.

smoothie yogurt

4. Campur dalam masakan seperti spaghetti, kari dan lain-lain. Mungkin boleh masukkan yogurt di akhir masakan, biarkan masakan sejuk sedikit baru masukkan yogurt supaya khasiatnya kekal.

 

5. Popsicle Yogurt plus buah-buahan

Blend buah-buahan dan campurkan dengan yogurt. Boleh pilih buah-buahan yang manis rasanya seperti mangga manis, tembikai, tembikai susu untuk balancekan rasa masam natural yogurt. Usahakan untuk tidak meletakkan gula tambahan. Kemudian, masukkan ke dalam acuannya. Sejuk bekukan. Yang ini, mak ayah juga akan layan berebut juga bersama anak-anak sebab sedap.

popsicle yogurt untuk anak

 

Moga sedikit info dan tips ini memberikan idea kepada mommies di luar sana untuk menyediakan makanan sihat seharian untuk anak-anak.

mommyluv

We never know the love of a parent till we become parents ourselves.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Please share this article. Tq