Seronok Menjadi Stay-At-Home Mom Dengan Pendapatan Sendiri
Assalamualaikum. Nama diberi, Nurfarhana binti Hassan. Merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. Seorang surirumah dan mempunyai seorang anak perempuan. Sebelum ini pernah bekerja sebagai Mining Engineer di salah sebuah syarikat bijih besi di Banting, Selangor. Bekerja selama setahun, dan kemudiannya berhenti dan sambung belajar di USM. Alhamdulillah, baru menghabiskan Ijazah Sarjana dan bergraduasi pada Oktober 2018 baru-baru ini.
Macam mana boleh kenal Tasneem ni? Dah lama perasan sebenarnya pasal balm Tasneem ni bila tengok kawan share. Tapi sebab masa tu tak rasa kepentingan, makanya dipandang sepi sahaja. Sampailah bermula nya dengan masalah anak sembelit. Masa tu anak berumur sebulan lebih. Tak membuang selama 8 hari. Bila ditanya pada rakan-rakan dan doctor, katanya normal baby tak membuang lama sebab fully bf. Tapi sebagai ibu, rasa tak seronok pulak baby tak membuang. Hehe.
Terus contact kawan ni. Dan beliau pun suggestkan tummy balm (sekarang dikenali sebagai T-rub balm). Dapat je balm tu, terus sapu kat baby. Esok nya, alhamdulillah baby membuang dengan banyak dan jayanya. Seronok tak terkata. Rasa puas dan lega. Terus daftar sebagai agent sebab rasa seronok serasi dengan baby.
Rasa bertambah seronok bila ada kawan sekolah ingin menyertai dan menjadi agent dibawah team saya. Makin hari, makin bertambah dan makin besar bilangan team saya. Seronok dan puas hati bila sama-sama belajar dan buat business ni. Lagi seronok bila kita dapat tolong orang lain sama-sama jana pendapatan. Alhamdulillah.
Apa yang istimewanya bila join keluarga Tasneem ni, saya bukan hanya belajar business semata-mata. Tapi saya belajar erti dan makna hidup saya. Sentiasa diingatkan dengan kehidupan selepas kematian. Hidup ini bukan untuk diri sendiri, tapi orang sekeliling dan ummah. Semoga saya dapat memberi lebih banyak lagi untuk keluarga dan ummah.
Sekiranya ada antara anda yang berminat dengan balm Tasneem Naturel atau ingin menjadi sebahagian keluarga Tasneem Naturel dan menambah duit belanja bulanan dengan Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya melalui Whatsapp dan jemput baca perkongsian di blog peribadi saya nanahassan.com.