Jadi ibu mesti nak kena rajin memasak dan bereksperimen dengan segala jenis masakan dan resipi. Ini resipi kreatif Nur Fadzilah yang dikongsi oleh beliau di facebook miliknya.

=====

Alang-alang mood tengah rajin, lebihan keledek kukus buat finger food untuk Mardhiyah, Nur buat cek mek molek.

Inti gula Nur ganti dengan kismis dipotong kecik. Plan nak letak kurma, tapi habis pulak kurmanya.
So kismis pun jadilah.

 

Resipi Cek Mek Molek Versi Anak Umur Setahun

Bahan – bahan :
Keledek (Tak kisah nak keledek warna apa)
Tepung unbleached (Nur guna tepung Faiza)
Kismis/kurma

resipi cek mek molek
Bahan-bahan untuk buat cek mek molek

Cara membuatnya :

1) Kukus keledek sampai lembut. Lepastu lenyek sampai halus.

2) Campurkan keledek yang dah lenyek tu dengan tepung gandum sampai tak melekat kat tangan (Letak tepung sikit-sikit ya)

3) Bentukkan dan isi inti (Nur buat size kecik, sesuai untuk anak kecik)

resipi cek mek molek
Masukkan kismis/kurma dan bentukkan

 

4) Goreng dan siap untuk dimakan

resipi cek mek molek
Sedap !

 

Boleh frozen kan. Boleh standby buat bekal kalau nak keluar ke mana-mana. Senang. Selamat mencuba ya mommies! Sedap ni.