Kali ini Mommy nak share Resipi Bubur Kaki Ayam. Resipi ini dikongsikan oleh Puan Nur di facebook milik beliau.

Menariknya, resipi ini cukup mudah , cepat dan berkhasiat untuk anak.

 

Sarapan Mardhiyah pagi ni. Takde idea nak buat menu apa, so buat jela bubur kaki ayam. Sedap. Ya memang sedap. Tanpa garam.

Sambil masak bubur boleh buat kerja lain. Senang je.

Caranya mudah sahaja.

1. Masak beras/nasi dengan air yang cukup. Masukkan Chicken Bone Broth, kaki ayam, bawang putih yang dicincang halus dan daun sup (tak perlu potong).

Resipi Chicken Bone Broth Yang Mudah

2. Bila nasi dah kembang, masukkan carrot dan isi ayam. Masak lagi sampai nasi betul-betul kembang.

3. Bila dah dapat texture bubur yang anak suka, masukkan sedikit lada sulah, sedikit minyak bijan dan sayur hijau serta daun sup yang sudah dicincang halus.

4. Siap dan sedia untuk disuap. (tunggu sedikit sejuk).

resipi anak, bubur anak

 

Hidangan ini merupakan hidangan lengkap yang mengandungi karbohidrat, protein , vitamin dan serat untuk santapan anak-anak. Ianya juga mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya. Jadi, ibu-ibu tiada alasan untuk tidak menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak-anak.

Cuma, yang ibu-ibu perlu ingat adalah untuk tidak memasukkan sebarang perisa tambahan, gula atau garam berlebihan dalam makanan anak-anak kecil. Masaklah makanan yang sihat untuk anak-anak kita.