10 Petua Hilangkan Batuk Selsema Anak Bawah 2 Tahun Tanpa Ubat | Situasi anak jatuh sakit adalah situasi yang sangat merungsingkan ibu bapa. Kadang-kadang mereka boleh saja demam, selsema dan batuk walaupun sedaya upaya kita berusaha elakkannya dengan pelbagai cara.

Pasti tiada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka jatuh sakit.

Artikel kali ini Mommy nak share tentang petua hilangkan batuk selsema bayi tanpa ubat terutamanya bagi bayi di bawah umur 2 tahun.

Kebanyakan punca bayi selsema dan batuk ialah kuman virus yang dipanggil influenza. Jarang sangat ianya disebabkan oleh kuman atau bakteria.

 

Apa yang ibu bapa patut tahu adalah:

  • Bayi yang kecil lebih mudah untuk dijangkiti  virus. Sistem imun mereka belum terbina dengan baik.
  • Apabila jatuh sakit, bayi akan membina sistem imunnya.
  • Bayi akan mendapat batuk dan selsema lebih kurang 8 kali dalam setahun.
  • Apabila bayi semakin membesar, kekerapan seorang bayi untuk jatuh sakit akan menurun.
  • Bayi tidak memerlukan apa-apa ubat yang khas untuk merawat batuk atau selsema.
  • Masa yang secukupnya perlu diberi untuk bayi pulih sepenuhnya seperti sediakala.

10 Petua Hilangkan Batuk Selsema Anak Bawah 2 Tahun Tanpa Ubat

1. Perhatikan suhu bilik

Dewasa ini, kebanyakan rumah ada penghawa dingin dan anak-anak turut tidur dalam bilik yang berhawa dingin. Tidak dinafikan, cuaca di luar memang kadang-kadang panas terik bukan?. Jadi, tiada kesalahan pun untuk gunakan penghawa dingin.

Cuma, pada hari yang bayi mula batuk dan hidungnya tersumbat, adalah lebih baik untuk tidur tanpa penghawa dingin. Udara dalam bilik yang berhawa dingin ini biasanya udara kering.

Tanpa kelembapan semulajadi di udara, ianya akan menyebabkan tekak rasa menggelitik (geli) dan menyebabkan batuk mungkin terjadi semasa bayi tidur. Sebaiknya gunakan saja kipas biasa.

 

2. Pastikan rehat yang mencukupi

Sekiranya anak-anak kita jenis yang selalu aktif, ianya sangat bagus tapi perlu pastikan mereka juga mendapatkan rehat yang mencukupi. Tubuh anak perlukan rehat yang cukup untuk proses penyembuhan.

Anak perlukan tidur terutamanya tidur malam yang cukup untuk proses penyembuhan.

3. Sekiranya perlu, gunakan penyembur hidung

Anak pasti tidak selesa dengan lendir dan hingus yang tak diigini. Boleh gunakan penyembur hidung yang dibeli di farmasi atau dapatkan nasihat doktor juga yang mana yang lebih sesuai untuk anak kita.

Terdapat beberapa jenama yang bagus untuk penyembur hidung di pasaran. Contohnya, Sterimar , yang kandungannya terdiri daripada sebatian semulajadi garam dan air laut sahaja.

Dengan membersihkan laluan hidung anak mengikut masa, ini akan menghilangkan lendir dan hingus yang tidak diingini.

Ianya juga dapat mengurangkan mukosa yang dijangkiti virus di salur pernafasan dan membantu mempercepatkan proses pemulihan.

 

4. Minum air yang mencukupi

Pastikan anak cukup minum. Anak yang berumur 0-6 bulan, pastikan mereka menyusu dengan baik.

Panduan pengambilan air yang disyorkan oleh Institut Perubatan Akademi Kebangsaan:

  • 7 hingga 12 bulan: 800 ml
  • 1 hingga 3 tahun: 1300 ml
  • 4 hingga 8 tahun: 1700 ml

Air yang mencukupi dalam badan akan membantu sel-sel badan sihat.  Proses penyembuhan pasti berlaku dengan lebih cepat.

 

5. Pengambilan madu

Baca Mommies! Madu hanya sesuai diberikan untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas ya !

Ini adalah kerana madu mungkin mengandungi  bakteria yang boleh menghasilkan botulisme. Botulisme boleh menjadi racun bagi bayi bawah umur 1 tahun kerana usus bayi yang belum cukup matang.

Untuk keselamatan, pakar kanak-kanak telah menyaran supaya hanya memberi madu kepada kanak-kanak yang lebih tua. So, anak yang dah berumur lebih 1 tahun ke atas bolehlah beri madu. Pastikan cari yang asli.

 

6. Tinggikan kepala bayi

Boleh cuba gunakan 2-3 bantal untuk tidur semasa hidung tersumbat ataupun batuk. Cara ini dapat membantu bayi bernafas dengan lebih selesa. Ia juga mengurangkan kekerapan batuk.

Disarankan guna bantal yang kecil ataupun gulungkan tuala untuk tinggikan sedikit kepala bayi.

 

7. Gunakan wap balsem

Contohnya, Vicks khas untuk kanak-kanak adalah salah satu daripada wap balsem yang boleh membantu memanaskan badan terutamanya apabila disapu di bahagian dada. Ianya juga membantu legakan hidung bayi yang tersumbat supaya anak boleh tidur dengan lebih lena.

Sekiranya ibu-ibu risau dengan ingredients yang tidak selamat dalam sesetengah balsem, boleh guna balsem yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Pastikan juga ianya produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Contohnya boleh gunakan Cf Rub Balm Tasneem Naturel yang diformulasikan daripada shea butter, beeswax, minyak pati tumbuhan seperti lavender, eucalyptus, lemon, orange, cypress, tea tree dan frankinsence. Minyak pati tumbuhan ini boleh membantu melegakan hidung tersumbat, batuk dan mencairkan kahak.

Menariknya Cf Rub Balm Tasneem Naturel ini adalah ianya tidak panas, tidak melekit dan jika terkena mata anak pun tidak mengapa.

balm cf rub tasneem naturel

mommyluv.net

8. Tepuk Percussion

petua hilangkan batuk selsema bayi

Boleh juga buat tepuk percussion.

Caranya, tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang sedikit melengkung (seperti gambar). Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu.

Pastikan tidak menepuk pada tulang belakang bayi kerana tulang belakang mereka masih belum kuat. Tepuk percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak.

 

9. Jaga pemakanan ibu

Untuk ibu yang menyusukan anaknya, diet harian ibu juga adalah sangat penting. Ibu perlu lebih selektif terutamanya dengan makanan manis yang akan merangsang pengumpulan mukus. Ambillah makanan yang berkhasiat terutamanya sayur-sayuran hijau.

Antara makanan yang menyebabkan penghasilan kahak adalah seperti :

  1. Keju
  2. Makanan berasaskan gandum – kek dan pastri
  3. Makanan yang tinggi kandungan gula.
  4. Processed food
  5. Susu, butter

Banyakkan memakan makanan yang membantu immune system anak :

  1. Buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C
  2. Sayur-sayuran segar

Untuk anak yang sudah makan juga, boleh melakukan perkara yang sama iaitu elakkan makanan pencetus dan banyakkan memberi makanan yang tinggi Vitamin C. Air kotak berperisa, gula-gula, snek tidak sihat mahupun jajan? A big NO!

10. Kebersihan

Pastikan kebersihan di dalam rumah di tahap yang terbaik. Amalkan mencuci tangan dengan baik dan cuba elakkan anak-anak yang tidak dijangkiti selsema dan batuk tidak mencium adik dan sebagainya. Ianya boleh berjangkit. Satu rumah berjangkit lagi haru!

Boleh juga gunakan hand sanitiser pada anak-anak dan seisi keluarga.

11. Elakkan berada di luar

Jika anak sedang kurang sihat sebaiknya , elakkan berada di luar rumah buat seketika sekiranya tiada hal-hal yang mendesak. Contohnya ke mall, taman dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan keadaan lebih teruk sekiranya mereka terdedah dengan pencemaran luar.

Mommy suka juga ingatkan untuk elakkan anak yang kurang sihat ini daripada golongan perokok terutamanya di kalangan ahli keluarga. Sedih memang sedih bukan? Tapi, ini untuk kebaikan anak tersebut. Asap rokok sangatlah memudaratkan kesihatan kita yang berada di sekitar perokok terutama anak kecil ini.

 

Bagaimana pula dengan demam ?

Bayi yang selsema dan batuk juga biasanya  demam dari masa ke semasa. Suhu badan 38.0ºC dianggap demam. Demam yang disebabkan oleh virus biasanya akan berlangsung untuk beberapa hari dan kadangkala sehingga seminggu.

Ibu-ibu perlu sentiasa pantau suhu badan anak. Sekiranya demam berturut-turut selepas 48jam, atau suhu terlalu tinggi, WAJIB bawa jumpa doktor. Pastikan ibu-ibu ada termometer inframerah di tangan untuk menyukat suhu badan anak.

 

Apa nak buat sekiranya batuk berpanjangan?

Jika anak batuk hampir sebulan atau lebih, ianya dianggap batuk berpanjangan. Anak  mungkin mempunyai sumber jangkitan yang tidak dapat dikesan di dalam paru-parunya seperti pneumonia.

Sekiranya keluarga ada mempunyai sejarah latar belakang asma, hidung sensitif atau gatal-gatal kulit kronik, kemungkinan anak mengidap asma juga. Jumpa doktor segera dan usah bertangguh dengan mencuba pelbagai petua.

 

Semoga artikel Mommy kali ini boleh membantu ibu-ibu untuk memastikan anak yang sedang selsema atau batuk cepat sembuh seperti sediakala.

Sekiranya keadaan berlarutan, sekali lagi pesan Mommy cepatlah bawa anak tersebut berjumpa doktor. Dikhuatiri keadaan bertambah buruk.

Love ! – Mommy