Nak Ajar Anak Menulis? Mohon Ibu-Ibu Jangan Bagi Pensel Dulu!
Nak Ajar Anak Menulis? Mohon Ibu-Ibu Jangan Bagi Pensel Dulu! | Kalau zaman Mommy kecil , bukan pensel atau buku yang kenal dulu. Seharian bersama bonda, main je reti. Macam-macam aktiviti dalam dan luar rumah yang dibuat. Anak kampung suatu ketika dahulu, pastinya agak bebas beraktiviti keliling kampung seawal usia 4 tahun! Macam-macam skill dapat. Belajar menulis pun rasanya bermula dengan ‘conteng’ pokok getah arwah ayah! Haha. Itu cerita Mommy.
Zaman sekarang pastinya sangat banyak berubah.
Sebenarnya, untuk kanak-kanak kecil, sebelum mengajar mereka menulis, mereka memerlukan banyak kemahiran-kamahiran pra tulisan. Bukan terus beri pensel dan kertas semata.
Bagi meningkatkan kemahiran pra tulisan, mereka perlu melakukan aktiviti-aktiviti untuk merangsang :
1#Kemahiran motor halus
Aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil yang kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari dengan penglihatan.
Antara pergerakan yang melibatkan otot kecil merujuk kepada kebolehupayaan koordinasi jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, jari kaki, bibir dan lidah.
2#Kemahiran motor kasar
Aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot besar iaitu melibatkan seluruh anggota badan.
Contoh aktiviti yang melibatkan kemahiran motor kasar ialah seperti berjalan, berlari, melompat, mencangkung dan sebagainya.
3#Koordinasi bilateral
Koordinasi bilateral ialah kebolehan untuk menggunakan kedua belah anggota badan secara selaras dan seragam. Koordinasi bilateral juga dikenali sebagai integrasi bilateral.
Kanak kanak yang mempunyai masalah atau kelewatan bagi kemahiran ini selalunya lebih memilih untuk menggunakan sebelah tangan sahaja dan kelihatan kekok serta cuai ketika melakukan aktiviti motor kasar dan halus.

Antara aktiviti pergerakan jari dan tangan yang menarik untuk membantu anak bersedia menulis :
- Bermain lego
- Koyakkan kertas
- Menggunting
- Melakar, menconteng, melukis di atas belon
- Bentukkan play-doh jadi huruf
- Lakar huruf guna jari di atas permukan huruf yang bertekstur
Banyak lagi sebenarnya aktiviti kreatif yang ibu bapa boleh buat untuk rangsang anak belajar menulis.
Antara buku yang bagus Mommy jumpa untuk kita ibu bapa ada guideline dan ilmu tentang bagaimana untuk ajar anak menulis ialah Buku Panduan Mengajar Anakku Bijak Menulis.

Buku ini hasil karya Puan Hasifah Zainuddin, Pengetua Tadika yang berpengalaman selama 16 tahun mendidik kanak-kanak .
Buku ini mengandungi:
✔️ Carta alir cara mengajar anak menulis.
✔️ Contoh aktiviti pra tulisan
✔️ Latihan asas tulisan
✔️ Latihan menulis huruf kecil
✔️ Latihan menulis huruf besar
✔️ Latihan menulis suku kata
✔️ Latihan menulis perkataan
✔️ Latihan menulis karangan pendek
Selain mengandungi panduan dan latihan, buku ini juga mengandungi banyak tips-tips untuk mengajar anak menulis.

Kita tengok sikit buku ni ada apa di dalamnya. Best kan?




Pendek kata, buku ini lengkap untuk ibu bapa atau guru dan anak-anak untuk proses pembelajaran.
Wow! Belum ada di pasaran buku yang sebegini kan?. Alhamdulillah Mommy pun dah jumpa. Jadi, ibu-ibu atau guru-guru di luar sana juga boleh gunakan untuk anak-anak kecil dan anak didik kita. Lengkap dan sangat memudahkan!
Jika anak-anak masih kecil tidak mengapa, kita boleh ikuti panduan aktiviti. Jika anak-anak dah boleh pegang pensel, mereka boleh mula membuat latihan yang ada.
Bayangkan dari ‘zero’, anak-anak kita mampu menulis abc sehinggalah boleh menulis karangan pendek hanya berpandukan sebuah buku. InsyaaAllah. Biiznillah.
Mommies yang berminat untuk dapatkan Buku Panduan Mengajar Anakku Bijak Menulis ini boleh tekan butang WhatsApp di bawah ya. InsyaaAllah mommies akan dibantu.