Mulut Bayi Ada Kesan Putih ! Inilah 5 Cara Bersihkan Mulut Bayi Agar Sentiasa Bersih
Seringkali kita tengok pada mulut atau lidah bayi ada kesan putih setelah menyusu kan? Ini adalah sisa-sisa susu yang sepatutnya kita bersihkan. Kalau tak, mulut bayi akan berbau masam. Bukan itu sahaja, malah boleh mengundang jangkitan kulat yang dikenali sebagai candida albicans.
Mommy nak kongsikan 5 cara bersihkan mulut bayi supaya kebersihan mulut anak kita tetap terjaga dan boleh elakkan keadaan yang tak diingini berlaku.
5 Cara Bersihkan Mulut Bayi :
- Sediakan Peralatan Secukupnya
Sediakan peralatan seperti berus gigi khusus untuk bayi atau boleh juga menggunakan kain kasa/ lampin bayi yang bersih. Sediakan juga sedikit air bersih.

Pastikan ibu menunggu lebih kurang 30 minit selepas bayi menyusu untuk mengelakkannya termuntah.
- Bersihkan Lidah Bayi
Pangku bayi dengan posisi duduk yang selesa. Kemudian, celupkan jari yang dibalut kain lampin tadi dan masukkan ke dalam mulut bayi atau pada kesan putih bekas sisa susu.
Tekan lembut pada lidah bayi, tarik ke arah luar perlahan-lahan. Ulangi langkah ini beberapa kali. Kalau bayi masih belum biasa dan nampak tidak selesa, jangan terburu-buru melakukannya. Beri masa kepada bayi. Boleh juga bercakap-cakap dengan bayi pada masa ini. Usah masukkan jari terlalu dalam kerana bayi boleh termuntah.
- Bersihkan Gigi Bayi
Jika bayi sudah mempunyai gigi, ibu seharusnya turut membersihkan giginya. Gantikan kain tadi tadi dengan kain yang baru atau bahagian yang masih bersih, bersihkan gigi bayi perlahan-lahan mengikut arah jam.
Mulakan dari bahagian luar, bahagian atas, dan akhir sekali bahagian belakang.
- Bersihkan Gusi Bayi
Seterusnya, bersihkan pula gusi bayi. Caranya sama seperti membersihkan lidah. Akhir sekali, berikan sapuan ringan pada bahagian atas lelangit bayi.
- Ulangi Rutin Membersihkan Ini Setiap hari
Mulut bayi mungkin tidak akan terus bersih dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi ini. Tapi, ia seharusnya dijadikan rutin yang dilakukan setiap hari oleh ibu.
Selain itu, ibu-ibu perlu ingat ! Usah terlalu memaksa, nanti bayi akan mogok untuk tak buka mulut. Jadikan rutin membersihkan ini mengembirakan bagi mereka. Mungkin boleh dilakukan sambil berbual, menyanyi, atau bermain.
Ibu-ibu juga jangan lupa untuk bawa anak untuk pemeriksaan gigi seperti yang ditetapkan oleh doktor.
Enjoy our motherhood journey !