Mixed Vege Pasta Buatan Muslim Pertama Mengandungi 10 Jenis Sayur Sebagai Alternatif Makanan Sihat Untuk Anak

Alhamdulillah kenyang sangat  dinner yang simple tapi sangat berkhasiat. Mommy masak Mixed Vege Pasta keluaran Eatalian Express. Masak cincai-cincai je tau, tapi rasa semulajadinya tu pun dah sangatlah sedap. Tumis bawang putih dan merah, masukkan fusili pasta Mixed Vege ni, kemudian tambah ayam dan sayur sikit, letak Italian herbs sikit, garam sikit. Dah siap ! Tidak memerlukan masa yang lama untuk memasak.

Ini dia. Bagi nampak besar dan jelas. Colorful. Ada rasa terliur ke? Hehe.

mixed vege pasta, eatalian express
Fusili + Chicken + Broccoli

Untuk yang belum pernah mencuba, Mixed Vege Pasta ini dikeluarkan oleh Eatalian Express Sdn Bhd milik pasangan suami isteri yang sangat mementingkan kesihatan anak-anak mereka. Ya lah, ada anak susah sangat nak makan sayur kan walaupun ibu bapanya penggemar sayuran.

 

Apa yang menariknya Mixed Vege Pasta ni?

  1. Ianya dibuat menggunakan tepung semolina. Sangat tinggi kandungan protein dan seratnya.
  2. Menggunakan 10 jenis puree sayur asli (Couliflower, Pumpkin, Green Spinach, Carrot, Purple carrot,Tomato, Sweet potato, Beetroot, Red Cabbage, Broccoli, ).
  3. Tiada pengawet
  4. Tiada wax seperti pasta biasa
  5. Tiada pewarna tiruan
  6. Tiada perisa tambahan
mixed Vege Pasta, Eatalian Express
Test Certificate From MARDI

 

Best kan. Tak ragu-ragu untuk makan dan masak untuk anak terutamanya yang berumur 7 bulan ke atas. Pada mommy teksturnya sangat lembut dan sedap, mudah diolah mengikut resipi yang kita suka atau yang anak suka. Warnanya juga sangat menarik perhatian anak-anak untuk mencubanya.

Macaroni
Eatalian Express, Mixed Vege Pasta
Fusili
mixed vege pasta, eatalian express
Shell
MIxed Vege Pasta, eatalian express
Star

Ianya hadir dalam 4 bentuk yang menarik iaitu :

  1. Fusili
  2. Macaroni
  3. Shell
  4. Star

Siapa yang sesuai makan Mix Vege Pasta ni?

1. Kanak- kanak dan bayi seawal usia 7 bulan yang:
✔️Mengalami masalah kurang/ tidak makan sayur
✔️Memilih makan (picky eater),
✔️Masalah sembelit dan penghadaman
✔️Kurang nutrisi dan selera makan

2. Golongan dewasa (pelbagai peringkat umur) yang:
✔️Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang,
✔️Kurang pengambilan nutrisi dalam menu harian,
✔️Sedang diet- masalah berat badan (fibre dan protein  yang tinggi dalam pasta menjadikan kita kenyang lebih lama dan bantu masalah penghadaman).
✔️Dalam pantang (jika tiada alahan pada sebarang ingredients).

 

Senang ke nak masak Mix Vege Pasta ni?

 

Ya, sangat senang dan cepat. Pendek kata sebelum pergi kerja sempat masak sarapan atau bekal untuk anak dan keluarga.

Caranya :

1. Rebus air.

2. Masukan sedikit minyak zaitun ke dalam air rebusan tersebut.

3. Masukan Mixed Vege Pasta.

4. Tunggu dalam masa 4-5 minit boleh di angkat dan toskan.

5. Setelah itu boleh diolah dan dimasak mengikut selera masing-masing. Contohnya seperti kawan mommy ni dia buat Creamy Baby Pasta untuk anaknya.

eatalian express, mixed vege pasta, pasta
Creamy Baby Pasta

6. Untuk bayi berumur 7@8 bulan, boleh juga direbus dan dikisar. Kemudian, masukkan serbuk ikan bilis untuk memberi rasa.

Contoh  resipi yang boleh dimasak menggunakan Mixed Vege Pasta ni :

 

mixed vege pasta, eatalian express

Banyak lagilah resipi yang boleh diolah untuk makanan sihat mak-mak dan anak-anak. Mommy yakin ibu-ibu ni sangat kreatif bab masak ni kan.

mommyluv

We never know the love of a parent till we become parents ourselves.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

error: Please share this article. Tq