Kreatif Betul Ibu Ini Tukarkan Kek Hari Lahir Anak Dengan Muffin Pisang Sihat
Pemakanan anak-anak memang seharusnya diperhatikan sejak usia dini lagi. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa berikan yang terbaik dan sihat untuk anak-anak mereka. Ini kerana, pola pemakanan yang dididik dari kecil itulah yang sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pola pemakanan mereka pada usia dewasa kelak.
Ibu ini juga telah melakukan yang terbaik untuk puteri sulongnya yang baru saja menyambut hari lahir yang pertama. Ini perkongsian resipi Muffin Pisang menerusi laman sosial miliknya Nur Fadzilah.
Ibu muda ini sangat concern dengan pemakanan anaknya yang baru menginjak usia setahun itu. Beliau memilih untuk memasak sendiri muffin pisang berbanding meraikannya dengan cup cake atau kek berwarna-warni.
Ikuti perkongsian beliau.
.
.
MUFFIN PISANG, KEK BIRTHDAY MARDHIYAH.
___
Birthday Mardhiyah haritu, Nur buatkan muffin pisang je. Nak beli kek rasa belum selamat lagi dia makan. So yang mudahnya nak buat kat rumah ialah muffin pisang jelah.
___
Tak ambil masa yang lama pun nak sediakan. Bahan pun sangat simple. Boleh buat kudap-kudapan untuk anak juga ni.
___
Dalam resepi Nur tak letak gula. So rasa dia agak plain, tapi Mardhiyah sangat suka. Nur sarankan nak tambah manis letaklah puree kurma. Belum restock kurma dan kismis kat rumah, so Nur guna apa ada aje kat dapur.
___
So yeah, Nur share resepi muffin pisang untuk baby (cara Nur) k.
___
BAHAN:
3 biji pisang masak ranum. Nur tak tahu apa nama pisang tu. Tapi panjangnya lebih kurang sejengkal
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung unbleached
1 SK bicarbonate soda
1 SK baking powder
1/3 cawan unsalted butter cair
1SK esen vanilla
Kertas muffin
*Boleh tambah puree kurma kalau nak tambah manis
*Boleh juga tambah kismis juga sebagai accessories
___
CARA:
1) Panaskan oven 180°C
2) Pukul ringan telur (pakai tangan aje). Masukkan pisang yang telah dilecek unsalted butter cair dan esen vanilla.
3) Masukkan tepung, bicarbonate soda dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur tadi.
4) Kacau rata. Tak perlu lama. Asalkan dah sebati aje adunannya.
5) Masukkan ke dalam kertas muffin. Kalau nak nampak muffin tinggi melebihi kertas muffin letak adunan sehingga hampir penuh. Nur tinggalkan dalam 1cm ruang kosong. Nur letak 1 potong pisang sebagai accessories muffin ni.
6) Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau ikut pada kesesuaian oven api atas bawah. Last sekali Nur bakar api atas sekejap kasi permukaan atas muffin sedikit gelap. Yang ni kena pantau. Takut hangus.
___
P/S
*Kalau nak letak puree kurma, korang adjust texture dia supaya tak terlalu cair dan tak terlalu pekat adunannya. *Boleh juga letak kismis sebagai accessories.
Nampak menyelerakan. Betul ? So, mommies bolehlah cuba juga untuk anak-anak. Diorang pun berselera makan resipi sihat ibu kan? Makin bertambah ikatan kasih-sayang antara ibu dan anak.
Selamat mencuba!