Dewasa ini, macam-macam berlaku dalam dunia anak-anak. Berita anak kecil dicabul kehormatannya oleh keluarga terdekat, anak pengasuh dan macam-macam lagi sangatlah menyayat hati. Ibu-ibu juga dihantui rasa bimbang saat terpaksa meninggalkan buah hati di bawah jagaan orang lain disebabkan tanggungjawab pekerjaan dan sebagainya.  Mendidik anak dewasa ini sangat mencabar bukan?.

Namun, mungkin cara ini boleh menjadi salah satu usaha kita sebagai ibu untuk anak kecil dalam menangani hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku.

Anak-anak perlu diberitahu dan dididik seawal mungkin tentang bahagian badan mereka agar mereka tahu jika ada yang mahu ambil kesempatan atas kelemahan mereka dan beritahu juga kepada mereka tentang bagaimana untuk mereka bertindak. Apapun, kita doakanlah dan cuba elakkan mereka dari menjadi mangsa.

Ibu ini berkongsi di laman sosial miliknya cara untuk ajar anak  kenal body parts mereka dan unsafe touch dengan aktiviti mudah ini. Sekiranya ada yang menyentuh body parts tertentu apa yang perlu anak lakukan?.

Berikut adalah perkongsian Puan Azila Ghani.

Activity  : Body parts & unsafe touch

Theme : All About Me

Nak gelak tengok gambar ni? Gelaklah sebab kita pun duk gelak ni.

parenting tips

Tekap badan anak dekat box. Time ni best sebab dia duk gelak cakap geli lar ibu time pensel lalu tepi badan beliau Warnakan dengan water colour. Yang bahagian jari tu aktiviti sensori. Ibu warnakan tangan beliau penuh-penuh then copkan pada kotak tersebut.

Nampak macam gelak-gelak kan. Tapi ni topik heavy tau. UNSAFE TOUCH !

 

Pangkah  tu adalah bahagian sensitif tubuh yang tidak boleh disentuh oleh orang lain.

1) Mulut
2) Dada
3) Punggung
4) Di antara dua paha
5) Paha

 

Kalau orang sentuh kena buat apa?

1. Jerit
2. Lari
3. Bagitau ibu ayah @ orang dewasa lain!

Semoga Allah sentiasa lindungi anak-anak kita…Aamin.

Mudah sahaja bukan? Tapi, dengan cara ini, anak lebih senang untuk faham dan ingat. Bolehlah ibu-ibu di luar sana juga buat aktiviti ini dengan anak-anak. InsyaaAllah sangat menyeronokkan dan mereka akan belajar dan faham dengan baik.

Terima kasih Pn Azila kerana berkongsi aktiviti yang sangat bermanfaat ini dengan kami ibu-ibu. Mudah-mudahan anak-anak kita terlindung dari sebarang hal yang tidak baik.