Ibu Rasa Lega Sangat Masalah Ruam Mardhiyah Dah Selesai Dengan Balm Skeenz Tasneem Naturel
Ruam adalah masalah kulit yang biasa terjadi kepada anak kecil termasuklah ruam lampin. Ruam yang tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan keadaan yang lebih teruk yang mengundang ketidakselesaan anak terutamanya ketika berpeluh dan panas.
Artikel kali ini, Mommy nak share pengalaman ibu yang menggunakan Balm Skeenz Tasneem Naturel untuk masalah ruam.
Balm Skeenz Tasneem Naturel ini diformulasikan daripada 10 bahan premium seperti argan oil, blackcurrant oil, rosmary leaves extract dan lain-lain yang boleh membantu masalah kulit anak termasuklah ruam, gatal-gatal, kulit kering, gigitan serangga dan ekzema.
Berikut adalah pengalaman sebenar yang dikongsi oleh Puan Nur.
Hye mommies. Hari ni nak share sikit lah macam mana balm SKEENZ bantu masalah kulit Mardhiyah yang sensitif ni.
Tahu tak dulu masa Mardhiyah baby, Nur stress gila tengok kulit Mardhiyah (especially muka) sangat teruk sampai bersisik? Ada juga cuba beberapa krim (yang special untuk muka lain badan lain pun ada) tapi tak serasi dengan Mardhiyah.
Sampailah Allah gerakkan hati untuk guna balm Skeenz sebab masa tu, selain ruam kat bahagian muka dan badan, Mardhiyah juga ada ruam lampin. Risau kalau biar lama-lama sebab kat bahagian sensitif kan?? Dia punya sakit boleh buat baby meragam tau.
Tawakal je guna, Nur beli balm Skeenz dengan agent kat Kluang ni. Sebab dia ada ready stock. Hari pertama pakai masih belum ada perubahan. Tapi hari seterusnya masyaAllah. Ruam lampin, ruam dekat muka, ruam dekat pelipat, haaa segala jenis ruam yang Mardhiyah ada tunjuk perubahan yang baik.
Amazing sangat. Terus konsisten sapu sampai lah kulit Mardhiyah dah ok. Daaannnnnn ramai yang puji kulit Mardhiyah dah flawless balik. Ya Allah syukur sangat. Risau laaaaa. Baby sepatutnya kulit gebu gebas tapi ni merah sana sini . Bersisik pulak tu. Sedih tau tengok.
Dan semestinya Nur setia guna sampai lah sekarang Mardhiyah nak masuk 1y6m dah. Apa-apa masalah kat kulit Mardhiyah memang guna balm Skeenz je. Hfmd ke, allergic antibiotics ke, gatal-gatal ruam sebab panas ke. Sapu nipis je balm Skeenz ni. Hari ni sapu, esok lusa ok dah. Alhamdulillah.
Lagi pun yakin pakai sebab balm Skeenz ni takde steroid dan bahan kimia berbahaya yang bagi kesan jangka panjang, itu yang setia pakai sampai sekarang ni.
Kalau anak korang jenis kulit sensitif macam Mardhiyah, meh laa try guna balm Skeenz. In shaa Allah tak menyesal beli 😘
10 Bahan Premium Dalam Balm Skeenz Tasneem Naturel Bantu Masalah Kulit Anak.
Balm Skeenz hanya persediaan alternatif untuk masalah kulit anak yang diformulasikan daripada 100% bahan semulajadi. Ibu-ibu dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor untuk sebarang diagnosis penyakit kulit yang dialami oleh anak.
Sekiranya ibu-ibu berminat untuk mencuba atau inginkan info lanjut boleh klik di bawah :