Menarik perkongsian Puan Azila Ghani kali ini iaitu tentang aktiviti yang boleh dibuat bersama anak untuk melatih kemahiran motor halusnya.

Okey, first of all mestilah rasa risau kan nak bagi anak bermain dengan gunting di usia awal 2-3 tahun. Tapi, halnya di sini kita tak mahu mereka “bermain”, kita nak bagi gunting pada anak sebagai salah satu skills motor mereka.

Bila bagi gunting pada anak, mak kena duduk dan beri perhatian 100%. Bukan bagi je suruh gunting kertas, mak hilang entah ke mana.

Menggunting ni penting untuk melatih kemahiran motor halus anak, eye-hand coordination, motor control & bilateral integration (integrasi kedua belah bahagian otak).

Saya nak berkongsi hasil dari bacaan, apa yang perlu kita buat sebelum anak mampu menggunting gambar-gambar complicated dengan baik. Ni hanya sebahagian sahaja tau, banyak lagi aktiviti lain yang bagus.

 

Aktiviti pre-scissors skills;

1. Aktiviti koyakkan kertas

cara latih motor halus anak

 

2. Bermain atau menguli play dough

cara latih motor halus anak

 

3. Bermain penyepit baju

cara latih motor halus anak

4. Senaman jari

5. Melakukan genggaman atau memicit

cara latih motor halus anak
Menggenggam

 

cara latih motor halus anak
Memicit

 

Aktiviti dengan gunting;

1. Tunjukkan cara betul untuk pegang gunting

2. Gunting play dough

cara latih motor halus anak

3. Gunting straw

4. Gunting tali

cara latih motor halus anak

 

Bila dah bersedia dan nak start guna kertas, berilah anak gambar yang ringkas dulu. Jangan terus ke gambar sukar.

 

Apakah manfaat menggunting untuk anak ?

1. Melatih kemahiran motor halus. Ketika anak mengenal dan akhirnya menggunakan gunting untuk memotong kertas, maka kematangan motoriknya dilatih, terutama pada otot-otot tangan dan jari-jari tangan. Bermula dengan menyentuh, memegang hingga menggunakannya.

2. Menumbuhkan rasa yakin dan percaya diri. Ketika anak berhasil menggunting maka akan menumbuhkan kepercayaan dirinya. Walaupun hasilnya masih tidak cantik.

3. Mengenal berbagai macam bentuk dan warna. Ketika anak sedang menggunting kertas warna untuk membuat sebarang aktiviti, secara tidak langsung anak juga belajar pelbagai bentuk dan juga warna.

4. Belajar menggunakan kekuatan. Ketika anak memotong kertas dengan gunting, maka anak belajar bagaimana menggunakan gunting yang betul dengan tekanan yang betul.

5. Melatih kesabaran dan fokus. Sebenarnya, hampir semua aktiviti anak boleh melatih kesabaran dan fokus anak.  Demikian juga ketika anak sedang menggunakan gunting, anak harus fokus, perlahan dan sabar ketika memotong kertas menggunakan gunting.

 

Kenapa perlunya latihan kemahiran motor halus?

Kemahiran motor halus adalah kefungsian pergerakan yang melibatkan bahagian jari dan pergelangan tangan.

Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen iaitu:

  • kekuatan – daya kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek
  • koordinasi – bagaimana mengawal jari untuk bergerak
  • sensori – jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak

Kemahiran motor halus ini bukan sahaja untuk membantu anak belajar memegang dan menyentuh sesuatu objek malah kemahiran ini sangat penting dalam persediaan mereka untuk menulis kelak.

Selain melatih kemahiran motor halus, bonding time dengan anak juga menjadi lebih baik. Aktiviti di rumah sangat menyeronokkan dan anak akan lebih cepat belajar. Satu perkara lagi, aktiviti-aktiviti ini boleh mengelakkan daripada mereka terpengaruh dengan gajet atau bergantung kepada gajet.

Selamat beraktiviti dengan anak!