Beyblade ni lebih kurang gasinglah kan. Teringat pula kenangan kita kecil dulu-dulu, main ceper, batu seremban, galah panjang, teng teng dan sebagainya. Ibu-ibu yang meraikan anak-anak untuk bermain berbeyblade ni mommy rasa tak salah pun.

Menariknya perkongsian Puan Ashikin ni tentang beyblade dan kesannya kepada perkembangan anak-anak. Mommy juga setuju dengan pendapat peribadi beliau.

 

Daripada pemerhatian saya, beyblade telah memberikan pengalaman yang baru dan positif terhadap anak-anak. Berikut adalah pendapat saya. (Pn Ashikin).

 

  1. Beyblade melatih anak-anak mengasah skil motor halusnya kerana anak perlu memutar, memasukkan, menarik, menyambung dan sebagainya. Jadi tangannya serta jarinya bekerja. Otot-otot serta sendinya bekerja. Ini bagus berbanding hanya memegang handphone yang tiada banyak pergerakan.
  2. Beyblade melatih koordinasi mata dan fokusnya. Anak fokus ketika memasang. Fokus ketika beyblade berpusing.
  3. Beyblade meningkatkan skil komunikasi dan bahasanya. Anak akan cenderung untuk bermain bersama orang lain. Dan akan berlakulah komunikasi dua hala. Kosa kata anak akan meningkat dan bahasanya juga akan lebih diperkaya lagi.
  4. Beyblade membantu anak bersosial dengan orang lain. Berlainan dengan bermain handphone, anak lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu.
  5. Beyblade mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak dan di kalangam adik beradik.

Sebagai tambahan, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menabung sekiranya mereka suka mengumpul beyblade. Dan sekarang sudah ada tournament serta pertandingan beyblade, boleh latih anak untuk yakin diri.

Kesimpulannya, Mommy rasa Beyblade membantu juga anak-anak yang ketagihan gajet. Boleh alihkan mereka daripada gajet dengan aktiviti ini. Pasti ralit. Boleh libatkan kawan-kawan sebaya mereka. Ajak mereka datang rumah dan kita pantau aktiviti mereka itu.

Namun, sebagai ibu bapa kena juga pantau dari segi disiplin masa untuk solat dan adab ketika bermain dengan kawan-kawan tersebut.

Moga kita terus jadi ibu bapa yang peka dengan perkembangan anak-anak demi generasi yang lebih baik daripada kita. Selamat berbeyblade!