Covid-19, PKP Dan Inspirasi Sekolah Mama : Anak-Anak Enjoy Belajar Di Rumah !
Covid-19, PKP Dan Sekolah Mama : Anak-Anak Enjoy Belajar Di Rumah !| Dah masuk 2021 pun , pandemik Covid-19 masih belum reda sepenuhnya. Kes harian masih lagi tinggi. Anak-anak sekolah menengah, sekolah rendah terpaksa belajar secara online melainkan kelas peperiksaan. Sama juga dengan pelajar universiti yang belajar hanya dari rumah. Untuk anak-anak pra-sekolah ada sahaja tadika, taska yang buka. Namun, tak semua ibu bapa pilih untuk hantar anak mereka walaupun terpaksa bekerja. Risau dan ada yang tak berbaloi.
Sangat mencabar kalau mak ayah terpaksa bekerja dari rumah dan anak-anak juga kena belajar dengan guru mereka secara online kan?. Lagi mencabar jika anak-anak ditinggalkan bersama pengasuh sementara ibu bapa kena kerja seperti biasa sepanjang PKP.
Belum lagi cerita bab kemampuan untuk menyediakan peralatan dan akses internet yang laju untuk proses pembelajaran anak-anak di rumah. Tak semua orang mampu. Sungguh! Ujian pandemik kali ini amat berat.
Mommy terinspirasi dengan inisiatif Pn Siti Nor Azura yang berkongsi di Facebook milik beliau berkenaan bagaimana cara beliau tackle cabaran memastikan anak-anak tetap belajar walaupun dari rumah semasa PKP 1.0.
Mommy minta izin dengan beliau untuk muatkan kisah ini dalam blog ini untuk tujuan pembelajaran Mommy sendiri dan boleh jadi rujukan untuk praktik juga bersama anak-anak nanti. Tulisan ini adalah atas keizinan beliau.
Walau apa pun, jom baca dulu kisah beliau.
Penubuhan Sekolah Mama
Bila Menteri Pendidikan mengumumkan penutupan sekolah di negeri Pahang dan ditukar dengan pembelajaran online di rumah, perasaan sedih dan bimbang melandaku sebab tak percaya pada keberkesanan pembelajaran online buat anak-anakku dirumah berbanding pembelajaran bersemuka.
Terbayang keadaan anak-anak sewaktu PKP 3 bulan sebelum ni, masa anak-anak penuh dengan bermain handphone dan TV.
Sejak itu, aku berazam tak nak biar masa anak-anakku dengan handphone dan TV. Aku kena buka sekolahku sendiri. Maka tertubuhlah sekolah mama.
Keesokan harinya aku bawa anak-anak pergi beli buku, alat tulis dan papan putih untuk persiapan sekolah mama.
Nak bina sekolah dengan 3 orang pelajar je pun. Aku nak cipta sistem pembelajaran sama seperti di sekolah iaitu kena ada takwim sekolah, DSKP, jadual waktu guru, jadual waktu pelajar dan sebagainya.
Aku kena cipta aktiviti untuk anak-anak supaya masa anak-anak dapat diisi sepenuhnya macam mereka belajar disekolah.
Jadual yang dibuat juga berubah-ubah ikut jadual PDP online sekolahku dan anak-anak (kena utamakan jadual online sekolahku dahulu sebab aku cikgu). Jadi, utamakan anak muridku dulu berbanding anak-anak sendiri sebab kita makan gajikan.Barulah ada keberkatan gaji disitu. Anak sendiri kita boleh ajar waktu lain).
Di bawah adalah gambaran Sekolah Mama.

























Marilah kita bersama-sama membina aktiviti bersama anak-anak. Jangan biarkan anak-anak kita membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan bergantung dengan gajet.
Menarik bukan?
Kita pun boleh juga wujudkan sekolah di rumah sepanjang ber PDPR ni.
Mommy sangat kagum dengan effort Puan Siti Nor Azura dalam memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak beliau.
Bukan sebab beliau cikgu, tapi Mommy pasti setiap ibu bapa ada cara masing-masing yang kreatif untuk tackle anak-anak belajar supaya tak ketinggalan walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Kita lakukan yang mana mampu dan terbaik mengikut kondisi masing-masing, InsyaaAllah pasti ada kesannya kepada anak-anak.
Mudah-mudahan pengalaman pandemik kali ini menjadi memori yang cukup bermakna kepada anak-anak dalam pelbagai aspek kehidupan. Stay safe everyone! Moga dimudahkan urusan kalian.