Botol susu dan putingnya yang berkerak selalunya menjadi dilema bagi mak-mak. Mana taknya, setiap hari anak minum susu. Kadang basuh pun tak tanggal. Rendam itu ini pun susah nak bersih. Nak cuci banyak kali guna sabun risau juga sebab ada kandungan bahan kimia. Sudahnya, buang je, beli baru. Alamak! Kos beli baru lagi. Belum cerita puting susu koyak dek anak yang seronok test gigi dia atau botol pecah kena baling. Macam-macam. Mana taknya mak-mak tak banyak fikir kan?

Bahaya ke kalau puting atau botol susu anak berkerak ?

Ya mommies. Di situlah tempat berkumpulnya bakteria-bakteria yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan anak kita. Baunya juga kurang enak bukan?

 

kerak susu

 

Bahaya bakteria kerak susu pada anak kecil:

  1. Boleh menyebabkan alahan pada anak
  2. Boleh menjadi faktor asma kepada anak
  3. Anak lebih mudah kena penyakit disebabkan sistem imun mereka lemah
  4. Bakteria boleh menyerang lidah, gusi dan tekak bayi dan menyebabkan jangkitan

Jangan risau mommies. Kali ni nak share cara mudah bersihkan kerak susu pada puting dan botol susu anak. Cara ini Mommy terbaca dari perkongsian seorang ibu dalam Geng Ibu Hamil & Berpantang.

 

Bahan yang digunakan juga sangat menarik dan boleh didapati di rumah sahaja.

Cara Mudah Bersihkan Kerak Susu Pada Puting Dan Botol Susu Anak

1. Masukkan beras ke dalam botol.
2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi.
3. Tutup botol dengan penutup.
4. Goncang dengan penuh kasih sayang.
5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang renang.
6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal.
7. Bilas Dengan air bersih.

Ulang step yang sama untuk garam. Boleh gunakan berus botol untuk kesan yang lebih cepat. Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras.

Mudah bukan? Ibu-ibu boleh cuba.

Namun, bagi ibu-ibu yang sibuk dan asyik terlupa untuk cuci kerak susu pada botol susu anak, ada cara yang lebih mudah, cepat dan selamat. Dalam masa 5 minit pun boleh setel.

Alhamdulillah, Tasneem Naturel mengeluarkan Kleenzy, pencuci botol susu organik yang diformulasikan daripada extrak daun sirih sebagai bahan utamanya. Hanya perlu cuci dan bilas sahaja. Ianya bukan sahaja mencuci , akan tetapi dalam masa yang sama daun sirih tersebut bertindak sebagai antiseptik yang membasmi kuman atau bakteria pada botol susu anak. Cecair pencuci ini bebas sabun. Jadi, ianya selamat untuk anak-anak kecil terutamanya bayi.

 

pencuci botol susu organik
New Baby Range Product From Tasneem Naturel

 

pencuci botol susu organik
Bahan utamanya adalah ektrak daun sirih

 

pencuci botol susu organik
Fungsi dan kelebihan Kleenzy

 

Kleenzy ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mebersihkan botol susu dan putingnya, tetapi boleh juga digunakan untuk membersihkan breast pump accesories yang lain.

Caranya mudah sahaja :

  1. Picit Kleenzy ke atas sponge basah atau mana-mana alatan pembersihan yang sesuai.
  2. Bersihkan botol susu , puting dan lain-lain.
  3. Bilas dengan air mengalir.
  4. Steril botol dan puting tersebut.

 

Berikut adalah pengalaman yang dah menggunakan Kleenzy. Sangat mudah.

Malu iolls. Puting anak sedara dah lama punya. Buang kerak celup air panas ke apa tetap tak hilang. Sekejap je melekat. Last-last beli baru. Asal naik kerak beli baru. Sekarang dah ada solution, cuci pakai Kleenzy. Senang je takyah rendam-rendam air panas dah. Terus cuci pakai kleenzy. Yayy.

Semoga dapat membantu mommies semua.

Untuk maklumat lanjut tentang Kleenzy yang bakal dilancarkan bulan ini boleh klik di bawah :

tasneem naturel