Pernah tak dengar or tengok anak kita yang baru lahir tu, ada bintik-bintik kecil pada kulitnya. Jerawat bayi ornag panggil. Eh! Jangan salah faham, jerawat baby ni bukanlah macam jerawat kita, jerawt batu tu. Hihi. Mommy gurau je.

Untuk pengetahuan ibu-ibu, jerawat pada bayi adalah keadaan kulit yang berlaku pada 40% bayi baru lahir. Keadaan ini mungkin boleh berlarutan sehingga usianya 3 ke 4 minggu. Selain itu, ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa atas pelbagai faktor.

Berikut adalah 5 perkara tentang jerawat pada bayi yang patut kita, ibu-ibu ni ambil tahu, terutamanya bagi yang baru bergelar ibu bapa.

 

  1. Beberapa jenis jerawat

Jerawat bayi ni keadaanya lebih kurang dengan jerawat pada orang dewasa. Berbonggol dengan isi dan merah di sekitarnya. Biasanya boleh merebak juga dan biasanya berlaku disebabkan alahan seperti eczema.

Satu lagi keadaan kulit bayi iaitu milia, di mana rupanya seakan‘whitehead’ kecil di sekitar muka bayi. Keadaan ini adalah perkara biasa pada bayi baru lahir. Lama-kelamaan ia akan hilang sendiri jika muka bayi sentiasa dalam keadaan bersih.

 

  1. Penyebab kepada jerawat bayi

Sebenarnya tiada penyebab yang jelas, namun ada juga yang mengatakan ianya disebabkan pemakanan ibu.

Menurut laman web Essential Baby, bayi kecil terkena jerawat bukan kerana hormonnya sendiri tetapi hormon ibunya. Sebahagian hormon ibu beralih kepada bayi dan terbawa sehingga lahir. Jerawat pada bayi menunjukkan yang masih terdapat sisa hormon ibu pada bayi. Tubuh bayi akan membesar dan sisa hormon ibu  lama-kelamaan hilang sendiri.

 

  1. Jerawat bayi hanya sementara

Tak perlu panik bila ternampak muka Si Manja tumbuh jerawat. Keadaan ini adalah biasa dan bersifat sementara. Jerawat bayi juga akan hilang sendiri tanpa kesan parut. Tak perlu nak lakukan rawatan sendiri di rumah tanpa usul periksa. Just jaga kebersihan anak. Jangan picit, cuci muka dengan sabun scrub atau sapu sebarang losyen pula ya mommies!

 

  1. Ibu boleh mengawalnya

Since jerawat bayi ni bukanlah keadaan yang serius walaupun kadang-kadang ia boleh tumbuh di tempat lain seperti belakang leher dan badan. Cara paling selamat untuk rawatan jerawat bayi adalah membersihkan bahagian jerawat dengan air bersih.

Sisa-sisa seperti air liur, muntah atau susu tumpah di bayi perlu dibersihkan segera kerana ini juga boleh menyumbang kepada jerawat merebak.

 

  1. Check sabun yang digunakan

Kulit bayi yang selembut sutera ni sangat sensitif pada sabun yang kasar atau bertoksik. Pencuci baju biasa yang kasar juga boleh menyebabkan kulit sensitif bayi terkesan dan meyebabkan jerawat tumbuh. Ambil perhatian apabila memilih sabun dan pencuci baju bayi terutama pada awal usia kelahirannya.

Apabila memilih pencuci baju, elakkan pencuci yang mengandungi pewangi kerana dikhuatiri pewangi mengandungi bahan kimia yang membahayakan kulit bayi. Buat pilihan yang bijak dengan membeli pencuci “eco-friendly” atau mesra alam. Untuk sabun badan dan syampu pula, elakkan yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate (SLES) atau Sodium Lauryl Sulfate (SLS). Dua kandungan ini bahaya untuk kulit bayi.

 

6. Gunakan mandian yang sesuai

Sekali lagi, kulit bayi memang sensitif. Sebaiknya ibu-ibu gunakan mandian bayi yang sesuai. Boleh juga gunakan mandian yang berasaskan bahan semulajadi. 6 tips beli mandian untuk newborn ini mungkin boleh bantu mommies buat pilihan.

Jerawat pada bayi baru lahir biasanya akan pudar sendiri semakin dia membesar. Namun begitu, jika jerawat masih berlarutan sehingga 6 bulan ke atas atau mengganggu keselesaannya, dapatkanlah nasihat doktor.