Alhamdulillah Mommy sempat mendengar perkongsian Puan Ashikin Hashim yang merupakan  Pengetua Genius Aulad Saujana Utama tentang anak dan gajet.

Pernah Mommy tengok, anak berumur lebih kurang 3 tahun mengamuk berguling-guling bila maknya tak bagi handphone.

Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap, janganlah bagi. Betul, tapi jika dah terbagi atau anak sudah terbiasa dengan gajet dan sekarang kita nak kurangkan atau nak alihkan perhatian anak daripada gajet bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu bapa perlu mujahadah dan ada tipsnya.

Berikut adalah tips yang Puan Ashikin sarankan untuk ibu-ibu :

 

Anak Mengamuk Bila Tak Dapat Gajet. Nak Buat Macamana?

 

1. Ibu bapa kena FIRM. Jangan mudah cair dan kesian dengan anak. Tengok anak menangis, terus mengalah. Kita kena kuatkan hati demi kebaikan mereka jua.

2. Pendekkan waktu secara berperingkat. Tidak mendadak. Beri anak masa dan peluang untuk dia fahamkan apa yang anda mahu lakukan.

3. Antara usaha yamg boleh dibuat – beri gajet ketika bateri tinggal sedikit sahaja atau tutup data/wifi.

2. Biarkan anak mengamuk dan menangis untuk permulaan. Tahan jelah telinga.

3. Sentiasa fahamkan anak kenapa anda buat begitu. Selalulah bercerita dengan anak.

4. Nasihat ketika anak sedang gembira atau ketika sebelum tidur sebab lebih mudah nak nasihat. Emosi kita juga terjaga dengan baik.

5. Gantikan cepat-cepat dengan aktiviti lain untuk alihkan perhatian dia yang sedang mengamuk contohnya bawa anak keluar jalan-jalan. Keep on communicate dengan anak supaya anak rasa terisi.

 

cara mengatasi ketagihan gajet , cara mengatasi masalah ketagihan gadget , langkah mengatasi ketagihan gadget, faktor ketagihan gadget, punca ketagihan gadget , kesan ketagihan gadget

 

5 tips yang disarankan di atas mungkin boleh membantu ibu-ibu untuk menghadapi anak mengamuk bila tak dapat gajet.

Jom mommies ! Usaha atasi atau perbaiki keadaan sebelum terlambat. Sangat sedih sekiranya anak kita speech delay atau duduk dalam dunianya sendiri bersama handphone di tangan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Anak ini tidak berkembang baik sebagaimana anak-anak seusia mereka.

Kita mampu mengubahnya demi masa depan anak-anak yang lebih baik. Enjoy our motherhood journey yang semakin hari semakin mencabar ini. InsyaaAllah banyak pahala ibu-ibu dan ayah dalam mendidik anak-anak.