Bulan Ramadhan dah dekat kan? Untuk anak-anak yang dah berumur 5 tahun atau 6 tahun ke atas, mungkin dah boleh mula kenalkan mereka dengan ibadah puasa. Nak latih slow-slow pun boleh. Namun, ianya bukanlah suatu kewajiban untuk mereka. Cuma, kenalkan seawal mungkin dengan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atas Muslim sebagaimana solat juga.

 

Mommy ada buat nota sedikit setelah mendengar perkongsian Pn Ashikin baru-baru ini. Mommy share di sini ya untuk panduan kita bersama.

 

8 Tip Latih Anak Berpuasa Di Bulan Ramadhan

 

1. Latih solat dulu

💐Fahamkan anak terlebih dahulu bahawa solat mesti dilaksanakan dulu sebelum puasa. Jangan pula puasa tapi tak solat.

 

2. Storytelling tentang puasa.

💐Bercerita dengan anak tentang puasa seperti menggunakan buku cerita, bercerita melalui kraf, membawa anak ke masjid, berbuka puasa bersama ahli qariah sambil bercerita dan sebagainya.

 

3. Latih puasa secara berperingkat.

💐Latih beberapa jam dahulu untuk hari pertama. Tambah jam dan kemudian hari. Dengan cara ini anak akan lebih bersedia.

 

4. Sediakan aktiviti yang menarik

💐Sediakan aktiviti yang menarik supaya anak kekal mood puasa dan dapat melekakannya seperti mewarna, melukis, puzzle, jurnal ramadan dan sebagainya.

 

5. Hidang makanan kegemaran semasa sahur dan buka

💐Anak pasti lebih bersemangat untuk berpuasa jika kita menyediakan makanan kegemaran mereka. Pastikan juga makanan tersebut berkhasiat!

tip didik anak berpuasa di bulan ramadhan

6. Lewatkan waktu bersahur

💐Selain memastikan anak tidak cepat hilang tenaga kerana bangun terlalu awal, melewatkan waktu bersahur  juga akan mengelakkan anak tidur semula.

 

7. Boleh buka tapi…

💐Jika anak tak mampu puasa, izinkan dia berbuka tapi cuba kekalkan mood puasa. Contohnya: Boleh minum atau makan sikit tapi sambung puasa ya.

 

8. Puji dan Reward.

💐Berilah pujian kepada anak jika dapat mencapai target puasa. Jika mahu reward, terpulang di atas kemampuan dan ketetapan masing-masing.

 

Mudah-mudahan tip di atas berguna untuk ibu-ibu. Selamat berpuasa !

(Visited 5 times, 1 visits today)