8 Essential Oils Dalam Sleep Time Tasneem Naturel Bantu Anak Mudah Tidur
Anak susah tidur malam atau siang seringkali mengganggu perkembangannya dari segi emosi dan minda. Dari segi kualiti hidup seorang ibu juga, ianya mungkin turut terganggu. Apa tidaknya, berdepan dengan anak yang susah tidur atau asyik terjaga menyebabkan ibu turut tak cukup rehat.
Seiring teknologi yang berkembang, banyak alternatif yang boleh dimanfaatkan untuk memudahkan urusan hidup seorang ibu. Begitu juga dengan dunia essential oils yang telah berzaman menjadi pilihan perubatan alternatif masyarakat dahulu kala.
Tasneem Naturel mengambil inisiatif mengeluarkan Balm Sleep Time berasaskan minyak pati tumbuhan (essential oils) semulajadi ini untuk bantu ibu-ibu yang berdepan dengan anak susah tidur .
Sleep Time Tasneem Naturel membantu memperbaiki hormon tidur . Minyak pati cedarwood yang digunakan dalam Balm Sleep time boleh mengimbangkan hormon tidur dan jaga.
Begitu juga Lavender yang kita sudah sedia maklum untuk memberi rasa tenang kepada sistem badan manusia dan memudahkan tidur. Balm Sleep Time ini sentiasa dicari oleh mak-mak yang anaknya ada masalah tidur kerana ada 8 Essential Oils dalam Sleep Time bantu masalah ini.
Kelebihan Sleep Time Tasneem Naturel adalah dengan menyelesaikan masalah:
- Anak susah tidur malam atau siang.
- Anak tidak tidur lama atau nyenyak.
- Anak selalu terjaga dan menangis.
- Memberikan tidur yang berkualiti dan anak bangun dalam keadaan ceria (deep sleep).
Apakah bahan-bahan asas yang ada dalam Balm Sleep Time Ini?
1.Essential oils (minyak pati tumbuhan) mengikut jenis balm.
Setiap Balm Tasneem Naturel mempunyai 7-10 essential oils (minyak pati tumbuhan) yang telah dicampurkan mengikut dos bayi dan kanak-kanak atau dengan kata lain, ianya sudah ‘dilute’ sesuai kegunaan mengikut peringkat umur.
Setiap essential oils (minyak pati tumbuhan) yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) di mana sijil ini diperlukan untuk mendapat kelulusan KKM. Balm Tasneem Naturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Beeswax
Beeswax adalah bahan yang terhasil daripada proses metabolism kelenjar lilin pada abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja. Senang cerita, beeswax ini dipanggil ‘lilin lebah’ yang menjadi bahan untuk menghasilkan sarang lebah yang kukuh.
Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Ia secara semulajadinya membantu merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark.
3. Shea butter
Shea butter terkenal sebagai pelembab kulit semulajadi. Kebanyakan produk kosmetik semulajadi menggunakan shea butter dalam produk mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan bernama Shea atau Karite.
Shea butter boleh membantu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak juga diguna dalam produk menghilangkan parut.
4. Carrier oil
Minyak pelarut yang diekstrak daripada tumbuhan seperti Olive Oil, Jojoba Oil, Virgin Coconut Oil, Almond Oil, Argan Oil, Coconut Oil, Blackcurrant Oil, Grapseed Oil dan lain-lain yang digunakan untuk ‘dilute’ atau proses pencairan perbagai jenis minyak pati tumbuhan (essential oils) tadi, untuk memastikan ianya sesuai digunakan oleh anak-anak kecil. Dalam Balm Tasneem Naturel ini, kami menggunakan Olive Oil di mana kita tahu, khasiat Olive Oil ini sangat banyak seperti:-
- Melembapkan kulit – Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
- Memperbaiki kesihatan kulit – Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.
Secara spesifiknya, setiap Balm Tasneem Naturel ini diformulasikan dengan lebih 5 jenis Essential Oil dalam setiap balm. Begitu juga dengan Balm Calm Time. Balm ini mengandungi 8 jenis essential oil iaitu :
1. LAVENDER
- Lavender Essential Oil diekstrakkan dari pokok Lavandula Angustfolia. Bahagian tumbuhan yang digunakan adalah bahagian bunganya.
- Khasiat Lavender Essential Oil yang utama adalah membantu mendapatkan tidur yang lena dan mengurangkan perasaan resah, bimbang, stress dan tension. Fungsi ini sangat membantu anak yang tantrum, kerap meragam dan seumpamanya.
- Lavender oil juga sangat sesuai digunakan untuk mengurut dan mengurangkan ketegangan saraf atau sendi-sendi.
- Secara kesimpulannya, minyak pati Lavender ini memberikan kesan tenang kepada anak.
2. ORANGE
Orange essential oil adalah diambil dari bahagian kulit buah oren. Melalui proses perahan dan bukan penyulingan berstim. Jadi essential oil yang diperoleh adalah 100% daripada buah oren.
Orange essential oil sangat wangi dan sangat bagus untuk naikkan mood ketika stress, resah dan gelisah.
Kebaikan Orange Essential Oil adalah :
- Bantu tingkatkan peredaran darah
- Bantu kurangkan rasa resah dan gelisah
- Bantu kurangkan hypertension
- Bantu kurangkan rasa penat melampau
- Bantu kurangkan kemurungan
- Bantu legakan kesakitan
- Bantu kurangkan sakit sendi
- Bantu naikkan mood
- Bantu berikan rasa relax
3. MARJORAM
Marjoram, disebut juga sweet marjoram (Origanum majorana). Tanaman ini berasal dari daerah Mediteranean. Dalam sejarah Yunani, marjoram adalah simbol kebahagiaan yang disebut “the joy of the mountains.”
Khasiat Marjoram Essential Oil antaranya adalah :-
- Membantu meredakan rasa sakit seperti lenguh otot, sakit kepala, sakit gigi, sakit akibat demam dan sebagainya.
- Membantu mengurangkan rasa kejang. Marjoram oil memiliki sifat sebagai antispasmodic yang mengawal dan mengurangkan kejang.
- Membantu meningkatkan kemampuan kognitif dan daya fokus.
- Membantu meningkatkan peredaran darah.Marjoram oil memiliki sifat menghangatkan dan ianya meningkatkan kelancaran peredaran darah.
4. ROMAN CHAMOMILE
- Roman chamomile oil dikenali sejak zaman kuno lagi kerana memiliki kesan menenangkan (sedative and soothing).
- Selain memberikan kesan yang menenangkan kepada fikiran dan tubuh yang stres, Roman chamomile essential oil juga dapat digunakan untuk meringankan perasaan sedih, marah, ketidakpuasan hati atau perasaan yang terlalu sensitif.
- Sifat-sifat tersebut menjadikan minyak patinya banyak digunakan untuk membantu mengurangkan rasa cemas, gelisah atau susah tidur. Hal ini sangat membantu anak yang baru lahir yang sedikit cemas dan susah tidur atau tidur sekejap -sekejap kerana mereka masih lagi ,engambil masa untuk beradaptasi dengan dunia luar perut ibu.
- Selain Lavender, Roman atau English Chamomile merupakan minyak pati yang paling digemari ramai orang.
5. BERGAMOT
Bergamot Essential Oil datang dari tumbuhan sitrus yang bernama Citrus bergamia. Ia dikatakan sebagai buah mutasi lemon. Bergamot adalah adik beradik kepada lemon, limau dan oren.
Kebaikan Bergamot Essential Oil :
- Bantu naikkan mood ceria dan bahagia
- Bantu kurangkan simptom kemurungan
- Bantu galakkan rembesan hormon
- Bantu kurangkan rasa stress
- Bantu kurangkan kesakitan dengan kurangkan sensitiviti pada kesakitan
- Bantu lancarkan pernafasan
- Bantu kurangkan sakit kepala, pening kepala dan migrain
- Bantu legakan sakit-sakit sendi dan otot
- Bantu kurangkan sakit ‘cramp’ pada abdomen dan kaki.
6. CEDARWOOD
Cedarwood essential oil ini dihasilkan daripada kulit pokok kayu cedar. Baunya sedikit manis dan bau kayu.
Kebaikan Cedarwood Essential Oil adalah seperti :
- Bantu tingkatkan fokus
- Bantu tingkatkan metabolisma
- Bantu lancarkan pernafasan
- Bantu kurangkan pening kepala
- Bantu kurangkan stress
- Bantu seimbangkan hormon tidur dan jaga anak
Dalam badan manusia ada Melatonin yang merupakan hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal yg terletak di otak. Fungsi hormon melatonin ni adalah untuk seimbangkan circadian rhythm. Bahasa mudahnya waktu tidur dan jaga kita. Waktu tidur, badan kita akan berkerja untuk meningkatkan kesihatan badan kita. Banyak sangat proses yang tengah berlaku waktu kita tidur. Begitu juga anak. Proses tumbesaran yang baik berlaku semasa anak tidur. Tidur yang terganggu boleh mengganggu bukan sahaja emosi, tetapi juga dari segi kesihatan fizikal anak. Essential oil cedarwood ini membantu stimulate melatonin dari otak. Itulah sebabnya ia bantu tidur lena bila gunakan essential oil cedarwood ini.
7. YLANG-YLANG
Ylang Ylang adalah adik beradik kepada bunga kenanga. Baunya sangat wangi dan sedikit kuat. Ylang Ylang essential oil sangat popular untuk kurangkan stress dan bantu kurangkan perasaan resah dan gelisah.
Kebaikan Ylang Ylang essential oil adalah seperti :
- Bantu kurangkan kemurungan
- Bantu rilekskan badan
- Bantu kurangkan kesedihan
- Bantu kurangkan stress kronik
- Bantu naikkan mood
- Bantu tingkatkan peredaran darah
- Bantu kawal tekanan darah
- Bantu kurangkan perasaan negatif
- Bantu hilangkan kelemumur
- Bantu stabilkan hormon
- Bantu hilangkan trauma emosi
- Baik untuk sistem imun
- Bantu tidur lena pada waktu malam
8. VETIVER
Minyak akar wangi (vetiver oil) telah digunakan dalam perubatan tradisional di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika Barat sejak ribuan tahun yang lalu.
Kelebihan Vetiver Essential Oil antaranya adalah :
- Sifatnya yang bantu menenangkan menyebabkan ianya sangat baik digunakan oleh anak-anak ADHD. Pada tahun 2001, sebuah kaian yang dilakukan oleh Dr. Terry Friedman menemukan minyak akar wangi (vetiver oil) efektif membantu anak-anak ADHD.
- Bantu tingkatkan sistem kekebalan tubuh dan saraf .
- Secara tradisional, vetiver oil ini telah digunakan dalam aromaterapi untuk relaksasi dan mengurangi stres emosional, serangan panik, trauma, kecemasan, insomnia, histeria dan depresi.
Kelapan-lapan essential oils tadi mempunyai fungsi menenangkan, menstabilkan hormon yang boleh membantu anak tidur lebih mudah, lena dan berkualiti sesuai dengan fungsi balm.
Ibu-ibu yang anaknya ada masalah tidur lambat, susah tidur, tidur tak lena disarankan untuk menggunakan Balm Sleep Time. Ibu-ibu juga boleh menguruskan masa harian dengan lebih baik jika anak tiada masalah tidur. Selain itu, ibu ada peluang untuk rehat sebaiknya tanpa perlu berjaga malam menemani ragam anak yang tidak mahu tidur. Kesihatan ibu dan anak lebih terjaga dengan izin Allah.



Berikut adalah testimoni ibu-ibu yang telah menggunakan balm Sleep Time Tasneem Naturel :



Ibu-ibu yang anak berumur 3 bulan dan ke atas, disarankan untuk menggunakan Balm Sleep Time bersama Balm Calm Time untuk kesan yang lebih maksima. Klik BALM CALM TIME.
Selain terbukti berkesan dengan izin Allah, balm Tasneem Naturel juga ada keistimewaan tersendiri iaitu :
- Tidak panas
- Tidak melekit atau berminyak
- Tidak merengsakan kulit bayi
- Dibuat di kilang yang ada persijilan GMP ( Good manufacturing Practice) , di mana kilang ini hanya memproses produk yang berasaskan bahan semulajadi sahaja.
- Berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Jimat dan boleh digunakan seisi keluarga. Satu bekas balm sesuai untuk kegunaan 2-5 bulan bahkan lebih lama lagi bergantung penggunaan.
Sebarang pertanyaan lanjut atau pembelian boleh klik di bawah :