Salah satu cabaran ibu bekerja adalah untuk memperkenalkan botol susu kepada anak. Dalam pantang, anak direct menyusu dengan ibu. Nanti nak tinggalkan dengan penjaga atau pengasuh, pastinya perlu gunakan botol susu. Ibu-ibu bekerja selalunya risau akan hal ini.

InsyaaAllah setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Salah satu perkara penting yang perlu dilatih adalah untuk menyesuaikan mereka dengan botol susu bayi.

7 Tips Perkenalkan Botol Susu Kepada Anak

Berikut adalah tips yang boleh ibu-ibu lakukan semasa pertama kali memperkenalkan botol susu kepada bayi.

  1. Mula latih bayi ketika usia 4-6 minggu.

Menurut pakar laktasi, sebaiknya tempoh memperkenalkan botol susu bayi adalah sekitar usia 4-6 minggu. Usah terlalu awal atau terlalu lewat.

Jika terlalu awal, bayi cenderung untuk keliru puting. Bayi mungkin tidak  mahu menyusu badan lagi. Ia boleh menyebabkan penghasilan susu badan turut terjejas. Sebaliknya, jika terlalu lewat diperkenalkan, mungkin bayi akan terlalu selesa dan mengambil masa yang lama untuk menerima botol susu.

 

  1. Cari puting yang sesuai

Pilih puting yang sesuai supaya  bayi tidak berasa terlalu asing dan susah untuk menelan susu. Kini, terdapat pelbagai bentuk rekaan puting yang berbeza mengikut kesesuaian bayi; antara rekaan yang baik adalah jenis berleher lebar (wide neck) dan mirip dengan payudara.

Ibu-ibu mungkin perlu try and error beberapa jenis puting sebelum bayi betul-betul dapat menerimanya. Boleh cuba jenama-jenama seperti Mimijumi, Pigeon, Comotomo, Avent dan MAM.

 

  1. Elakkan menunggu bayi terlalu lapar

Untuk melatih bayi, cuba elakkan waktu bayi terlalu lapar. Mereka akan merengek dan menangis. Pada waktu sebegini aadalah kurang sesuai untuk melatih mereka minum susu menggunakan botol.

Tawarkan botol susu sebelum bayi mula gelisah dan pada waktu biasa.

 

  1. Guna susu yang baru dipam

Untuk awal-awal latiahan ini, berikan susu yang baru diperah. Boleh cuba jadualkan waktu perahan berdekatan dengan waktu menyusu bayi.

Susu perahan yang berlebihan atau diperah pada waktu lain boleh disimpan dalam freezer untuk kegunaan apabila anda mula bekerja.

 

  1. Minta bantuan suami atau ahli keluarga berdekatan 

Biasanya kalau ibu yang memberikan susu botol, ada kemungkinan bayi akan menolak. Bayi akan berasa keliru atau marah. Usahakan untuk suami atau ahli keluarga yang tinggal bersama memberikan susu botol tersebut.

Kalau boleh, ibu jangan ada bersama ketika suami menyusukan bayi. Mungkin boleh buat kerja di tempat lain atau berehat di tempat lain sambil memantau bayi ibu. Bayi masih boleh kesan ‘bau’ ibunya jika ibu berada berdekatan.

 

  1. Bercakap dengan bayi

Sebelum memulakan sesi memperkenalkan botol susu, beritahulah kepada bayi bahawa mereka akan melakukannya. Cerita dengan gembira kepada bayi.

Walaupun bayi belum dapat memahami kata-kata, pujukan ibu itu sedikit sebanyak dapat memahamkan mereka tentang perkara yang akan berlaku. Paling penting, ibu sendiri mesti berdisiplin dalam latihan.

 

  1. Guna sudu , cawan atau botol lain

Untuk anak yang sudah boleh makan (6 bulan ke atas) , jika bayi tidak mahu botol susu, tidak salah jika ibu cuba beberapa kali menggunakan sudu, cawan atau botol lain. Cawan atau botol sesuai untuk mereka. Berikan untuk mereka pegang sendiri.

 

Apa yang penting dalam proses latihan ini adalah kesabaran ibu dan kekal positif. Banyakkan berdoa dan lakukan latihan secara berperingkat dan konsisten. InsyaaAllah ibu pasti boleh melakukannya.