7 Petua Buang Kahak Dan Hingus Bayi Dengan Berkesan Dan Selamat
Seperti yang kita ketahui, ubat batuk untuk bayi di bawah umur setahun adalah tidak perlu. Malah, dilarang oleh doktor.
Paling mencabar untuk ibu-ibu adalah apabila anak batuk berkahak, hidung tersumbat. Anak-anak kecil ni tak pandai untuk keluarkan kahak sendiri.
Mungkin ibu-ibu boleh gunakan 7 petua ini untuk buang kahak bayi atau hingus dengan selamat.
7 Petua Buang Kahak Bayi Dengan Berkesan Dan Selamat
Berikut adalah cara buang kahak bayi yang mengalami batuk, selsema, atau hidung tersumbat.
- Biarkan sahaja anak kekal aktif
Jika anak masih aktif bermain, menyusu macam biasa dan tidak bernafas laju, maka ibu bapa tidak perlu terlalu risau.
Biarkan saja mereka bermain-main kerana ia dapat mengalihkan perhatian mereka daripada ketidakselesaan. Sambil itu, sistem pertahanan badannya akan melawan kuman tersebut. Selalunya, bayi akan batuk kurang daripada seminggu.
- Sediakan makanan semulajadi yang seimbang dan kaya vitamin
Untuk bayi yang sudah melebihi 6 bulan, mereka sudah boleh mengambil makanan tambahan. Maka, bolehlah ibu-ibu tambahkan buah-buahan dan sayuran segar dalam makanan mereka.
Cuma, elakkan beri madu kepada bayi yang berusia kurang setahun untuk merawat batuk. Ini kerana, sistem pencernaan anak belum betul-betul matang dan dikhuatiri mengundang masalah lain pula.
- Minyak bayi atau balm bayi
Minyak bayi mempunyai khasiatnya tersendiri dalam ramuannya. Di samping itu, urutan ibu turut menjadi punca kelegaan kepada bayi yang mungkin meragam atau berasa kurang selesa.
Ibu-ibu boleh membeli minyak bayi yang sesuai atau membuat sendiri minyak bayi di rumah. Antara yang selalu dibuat oleh ibu-ibu adalah minyak bawang putih.
Caranya, ketuk 1 labu bawang putih dan sangai (goreng tanpa minyak) atas kuali dengan api kecil. Kemudian, pindahkan ke dalam bekas dan tuangkan minyak zaitun atau minyak masak baru ke dalamnya. Tekan-tekankan sedikit bawang putih itu supaya ia mengeluarkan jusnya ke dalam minyak tersebut.
Untuk ibu yang tiada masa untuk membuatnya sendiri boleh simpan satu bekas balm CF RUB untuk tujuan ini di rumah. Ianya boleh bantu mencairkan kahak dan mengurangkan hidung tersumbat yang menyebabkan anak tidak selesa. Lebih mudah dan jimat masa serta boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.
- Sedut hingus sendiri
Sesetengah ibu bapa menggunakan penyedut khas yang dibeli dari farmasi untuk membersihkan dan mengeluarkan mukus dari hidung bayi. Ibu-ibu juga boleh cuba guna penyedut hingus atau nasal aspirator yang sesuai dan menarik supaya anak-anak senang memberikan kerjasama untuk mengeluarkan mukus dari hidung mereka.
- Mandi wap
Untuk cara buang kahak bayi yang mudah, ibu-ibu boleh stimkan bilik mandi secara selamat dan mudah sebelum memandikan bayi. Caranya, buka air panas atau pancuran mandi (shower), tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit.
6.Vaksin
Penting untuk ibu-ibu, vaksinkan untuk mengelakkan penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin seperti pertussis (batuk kokol).
7. Tepuk percussion
Boleh cuba buat percussion, namun ianya memerlukan ibu-ibu belajar cara yang betul. Dapatkan nasihat doktor dan mereka yang boleh menunjukkan caranya secara teknikal.
Jika ada tanda-tanda yang merisaukan, bawalah bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dengan segera.
Antara tanda yang perlu diberi perhatian adalah :
- batuk berpanjangan hingga muka bayi menjadi merah ataupun biru
- batuk selama seminggu lebih
- batuk bersama dengan demam melebihi 3 hari
- pernafasan bayi nampak laju dan berbunyi
- bayi kelihatan letih dan kurang aktif
- kurang menyusu
- sebarang tanda lain yang luarbiasa
Setiap bayi berbeza-beza. Maka, mungkin ada cara buang kahak bayi yang lebih berkesan buat sesetengah bayi berbanding yang lain. Dengan pengalaman, ibu-ibu akan lebih mahir menentukan teknik yang paling serasi dengan bayi masing-masing. Paling penting untuk ibu-ibu adalah, alert dan cepat bertindak dalam apa jua situasi pun.