7 Aktiviti DIY Yang Kreatif Dan Murah Untuk Anak Belajar Mengenal Nombor | Fasa usia 2-5 tahun adalah fasa anak bermain.

Selalu jugalah ada ibu yang tanya macam mana nak ajar anak ni kenal abc, kenal 123. Memang tak dapat lari dari create sesuatu yang buat mereka seronok dan nampak seperti permainan. Dari situ mereka akan belajar sambil berseronok !

Dalam fasa ni anak tak perlukan kerusi dan meja pun untuk belajar. Main-main di lantai sambil baring santai saja pun boleh. Ajaibnya otak mereka seusia ini sangat cepat terima apa-apa input.

Banyak juga educational toys yang boleh dibeli di luar sana yang boleh membantu ibu-ibu kenalkan nombor kepada anak. Boleh saja usha di kedai-kedai offline mahupun online.

Tapi kali ini, ibu nak share 7 Aktiviti DIY Yang Kreatif Dan Murah Untuk Anak Belajar Mengenal Nombor yang hanya boleh dibuat menggunakan barangan recycle di rumah sahaja.

Ianya simple dan sangat menjimatkan poket ibu-ibu.

Aktiviti mengenal nombor
Guna batang ais-krim dan penyepit baju. Tuliskan nombor dan biar anak bilang penyepit baju untuk dipadankan dengan nombor. Selain anak dapat kenal nombor, bagus juga untuk exercise jari. “Pincer grasp” penting mereka memegang pensel nanti.

 

aktiviti menegnal nombor
Guna penyepit baju juga. Ambil kotak yang dah tak digunakan. Potong bulat dan lukis cantik-cantik. Suruh anak kira dan padankan nombor dengan bilangan.

 

aktiviti mengenal nombor
Menggunakan pom-pom balls dan penyepit makanan. Masukkan pom-pom balls ke dalam gelas mengikut nombor sambil mengira.

 

aktiviti mengenal nombor
Gunakan kadbod dan tudung botol yang dilabelkan dengan nombor. Match sambil sebut nombor.

 

aktiviti mengenal nombor
Ini pun sama. Guna kan saja kotak-kotak lama. Potong berbentuk jar dan bulat-bulat.  Anak kira dots yang dilukis then cari nombor dalam cookie jar.

 

aktiviti mengenal nombor
Ada polisterine yang tak diguna di rumah? Boleh jadikan “board” untuk anak mengira. Aktiviti ini bantu tingkatkan fokus anak. Pastikan aktiviti 100% di bawah pantauan parents !. Paku kecil tu tajam.

 

aktiviti mengenal nombor
Main kira-kira menggunakan lego.

 

Mudah kan mommies! Guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja. Cuma, ibu-ibu perlu kreatif untuk cipta permainan pembelajaran untuk anak-anak. Mommy pun nak try juga nanti buat benda-benda ni. Tengoklah apa yang ada di rumah ni! Thanks to Puan Azila Ghani atas idea kreatif beliau.