6 Tips Ampuh Hadapi Anak Yang Mudah Marah Dan Suka Memberontak
Anak yang mudah marah seringkali menyebabkan ibu bapa merasa jengkel dan menggugat kesabaran ibu bapa.
Ketahuilah bahawa anak-anak kecil juga mengalami tekanan.
6 tips ini diharapkan boleh membantu ibu bapa agar lebih tenang saat menghadapi kemarahan anak.
1. PEKA DENGAN PERASAAN ANAK
Ibu bapa mesti ambil tahu perasaan anak. Apa yang disukai anak, apa yang tidak disukai anak.
Elakkan dari memaksa atau memberi arahan secara keras untuk elakkan anak mula memberontak dan marah.
Jika sesuatu itu perlu, latih anak membiasakan diri dengan hal tersebut. Contohnya, bangun awal pagi , latih mereka secara berperingkat dan tanpa marah-marah atau memaksa.
2. KOMUNIKASI YANG BAIK
Gunakan bahasa yang difahami oleh anak. Perhatikan cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak, jaga bahasa, intonasi kerana anak-anak cenderung untuk meniru.
Kadang-kadang, kemarahan anak adalah diakibatkan oleh hal-hal yang remeh.Anak-anak juga mahu perhatian ibu bapa. Saatnya mereka kelihatan ingin marah, peluk anak dan nyatakan kita amat menyayanginya.

Apabila kita melarang anak-anak daripada melakukan sesuatu perkara, berikan alasan yang logik yang boleh mereka fahami mengikut kesesuaian umur.

Jika tidak mahu anak bersikap pemarah, ibu bapa dulu seharusnya tidak bersikap pemarah. Anak belajar dan copy paste daripada kedua orang tuanya.

6. TETAP TENANG
Usah beradu kemarahan dengan anak. Tenang. Pujuk dengan lembut.
Bagi Muslim, ajar anak kecil beristighfar bersama-sama kita sejak dari kecil. Sekurang-kurangnya dapat memberi rasa tenang kepada kedua-dua pihak. Mak tenang, anak juga tenang.
Ibu ayah juga boleh amalkan membaca Surah Ali Imran : Ayat 200.

Niatkan moga diri kita dan anak-anak dikurniakan hati yang lembut dan sabar. Mommy biasa baca ayat ini ketika memasak makanan untuk keluarga, buat air atau buat susu. Sambil kita masak atau buat air tu bacalah. Hafallah ayat tu, insyaAllah pendek je kan.
Selepas solat juga baca (tak kira pun berapa kali), baca je banyak-banyak lepas solat atau sepanjang hari. Time emosi kita mak-mak tak ok, penat dan sebagainya pun baca juga. Mohonlah kekuatan, kesabaran dan kekuatan dari Allah. Mudah-mudahan kita jadi ibu yang sabar, yang bijak mengawal emosi dan tekanan.
Jika perlu, boleh juga buat air penawar khas untuk anak yang mudah marah tersebut. Baca ayat ini dan panjatkan doa khusus dengan menjebut namanya. Gerak-geri anak kita adalah dengan izin Allah. Pemarahnya anak kita itu sebenarnya ujian untuk kita ibunya. Mohonlah pada Allah sesungguh hati agar anak jadi lembut hati dan tidak pemarah!
Amalan membaca ayat ini sambil memasak juga bagi Mommy sangat bagus. Sambil masak kita doa, ahli keluarga yang makan makanan kita masak tu jadi orang yang sabar, bertakwa, penyayang dan boleh juga doa suami yang setia (hehe), apalah salahnya kan. InsyaAllah keluarga jadi tenang dan saling berkasih-sayang. Tak adalah rasa nak bergaduh suami-isteri dan anak-anak pun mudah dengar kata. Cubalah amalkan.
Bagus tips ini. Tq share.
Sama-sama. Tq sudi singgah.