6 Tip Penting Elak Anak Meragam Semasa Melancong

Bawa anak-anak kecil melancong  sebenarnya tidak terlalu teruk atau bosan seperti yang dibayangkan. Sebenarnya ianya sangat menyeronokkan asalkan anak tak meragam.

travel dengan anak

Jadi, apa nak buat untuk elakkan anak meragam sepanjang percutian? Boleh teruskan membaca tip-tip berikut :

 

  1. Rancang destinasi dan tempat penginapan anda

Sebelum buat keputusan untuk pergi melancong,  perlu rancang destinasi dan tempat penginapan kita terlebih dahulu. Pilih tempat yang dipersetujui oleh kita, pasangan serta anak-anak untuk menggembirakan semua pihak. Elakkan membuat keputusan dan persediaan saat-saat akhir untuk elakkan keadaan tak sepatutnya berlaku.

Selain itu, pastikan juga tempat yang kita ingin menginap nanti sesuai untuk individu berkeluarga atau tidak. Cari tempat yang mesra kanak-kanak atau bayi.

 

  1. Rancang jenis pengangkutan dan jarak perjalanan

Pastikan ibu ayah merancang jenis pengangkutan dan jarak perjalanan  dengan baik. Kalau pilih untuk travel dengan kereta, pastikan bawa car seat jika ada anak kecil.

Jika kita memilih untuk menggunakan kapal terbang pula, pastikan anak-anak dipakaikan dengan pakaian yang sesuai.

Selain itu, bawa juga sedikit barang-barang permainan mereka seperti Ebook supaya boleh membantu jika mereka bosan sepanjang penerbangan.

 

  1. Sediakan makanan dan pakaian yang secukupnya

Bagi memastikan anak anda tidak kelaparan sepanjang tempoh anda melancong, pastikan anda menyediakan makanan yang secukupnya untuk anak anda. Sediakan snek-snek bersesuaian dengan umur mereka. Anak-anak ini senang meragam jika lapar.

Selain itu , pastikan ibu ayah menyediakan pakaian ekstra ketika melancong. Ini kerana kanak-kanak tidak tahu mengawal penggunaan pakaian mereka.

 

  1. Bawa first aid kit ke mana-mana anda pergi

Sediakan fist aid kit yang basic untuk anak-anak. Mungkin perlu ada bandage, plaster bandage, balm untuk tenangkan anak, ubat luka dan ubat-ubatan yang diperlukan. In case ianya diperlukan. Ianya boleh mengelakkan panik sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini kepada anak anda.

 

  1. Pastikan tahap kesihatan anak anda

Di samping keselamatan anak-anak, kesihatan anak juga merupakan perkara paling penting untuk dilihat sebelum memutuskan untuk melancong. Pastikan kita, pasangan dan anak  berada pada tahap kesihatan yang baik sebelum pergi melancong. Pastikan juga destinasi pilihan kita untuk melancong itu bebas daripada sebarang virus atau wabak penyakit berbahaya yang boleh mengancam tahap kesihatan kita sekeluarga.

 

       6. Rancang setiap perincian percutian

Ini perlu supaya anak-anak bersedia awal sekiranya mereka diberitahu awal. Mereka dah tahu nak ke mana, kemudian ke mana dan nak buat apa. Tujuannya  agar anak-anak tidak meragam dan berasa seronok sepanjang tempoh melancong. Kalau boleh, tidak perlulah terlalu padat jadualnya dan fleksibel mengikut keadaan anak-anak. Dengan ini, anda sendiri akan berasa gembira dan tidak tertekan sepanjang percutian.

Semoga bermanfaat untuk mommies yang sedang merancang untuk bercuti bersama anak kecil.

mommyluv

We never know the love of a parent till we become parents ourselves.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Please share this article. Tq
WhatsApp chat