Kulit merupakan organ terbesar yang melindungi badan manusia yang bertindak melindungi badan secara luaran.  Dalam usaha penjagaan kulit bayi, terdapat hal-hal yang perlu dititikberatkan ketika ingin memilih produk yang sesuai terutamanya mandian.

tips memilih mandian bayi

 

Ini kerana, sistem badan bayi  masih belum matang dan lebih sensitif. Keadaan ini boleh menyebabkan Si Manja mudah terdedah kepada risiko kegatalan, ruam, iritasi , alergik dan pelbagai masalah kulit yang lain.

 

Salah satu punca keadaan itu berlaku adalah penggunaan mandian yang mengandungi bahan kimia tertentu.

 

Artikel kali ini Mommy nak share tentang 6 perkara yang  ibu-ibu dan bakal ibu perlu teliti sebelum membuat sebarang pembelian produk mandian bayi.

 

Jom teruskan membaca.

 

6 Tip Beli Produk Mandian Bayi Yang Sesuai Untuk Elak Masalah Kulit :

1. Teliti label produk dan ambil tahu kesan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti :

a. Fragrance – Wangian atau pewangi daripada bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi atau alergi kepada bayi. Sebaiknya pilih yang berasaskan bauan semulajadi seperti ‘essential oil‘ sebagai alternatif.

b. Paraben – Sejenis bahan pengawet yang berfungsi meningkatkan jangka hayat produk. Ianya boleh mengakibatkan keradangan kulit dan beberapa masalah lain.

c. Propylene glycol – Proplyene glycol merupakan bahan kimia yang bertindak membuka liang roma bagi meningkatkan kadar penyerapan bahan kimia lain ke dalam tubuh badan. Ianya juga berisiko mendatangkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif. Ianya boleh hadir dalam bentuk polyethylene glycol (PEG) dan polypropylene glycol (PPG).

 

2. Pastikan produk bebas alkohol

Elakkan penggunaan produk yang mengandungi alkohol seperti ethanol, ethyl alcohol dan cetearyl alcohol. Ianya boleh menyebabkan kulit kering, gatal dan ruam.

 

3. Elakkan produk yang mengandungi sabun

Bayi perlukan produk penjagaan lembut , bebas kimia tanpa sabun (berbuih hasil daripada kandungan bahan kimia dalam produk).

 

4. Pastikan ianya produk khas untuk bayi

Elakkan menggunakan produk yang biasa digunakan oleh orang dewasa. Kulit bayi sangat lembut dan sensitif.

 

5. Mempunyai pH yang seimbang

Kebiasaannya, pH kulit bayi adalah sekitar 5.5 hingga 7.0. Pilihlah produk yang bersesuaian dengan kulit bayi.

 

6. Produk yang berasaskan bahan semulajadi

Sebagai alternatif, pastinya ibu- ibu inginkan yang terbaik untuk Si Manja. Pilih produk yang berasaskan 100% bahan semulajadi yang sesuai untuk bayi seperti aloe vera, minyak argan, minyak pati tumbuhan seperti lavender atau chamomile.

Semoga 6 tips di atas boleh bantu mommies memilih mandian yang sesuai dengan si comel .

 

Baca : 2 Jenis Mandian Daripada Bahan Semulajadi Yang  Menjadi Pilihan Ibu-Ibu