6 Cara Atasi Sembelit Bayi Secara Semulajadi Dengan Cepat Dan Berkesan

Sembelit bukanlah penyakit. Mengikut laman web kesihatan WebMD, ianya juga tidak didiagnosis berdasarkan bilangan hari anak kita tidak membuang air besar. Tapi, sebagai ibu bapa, haruslah tahu cara atasi sembelit bayi supaya sistem pencernaan anak berfungsi dengan baik.

Anak-anak yang semakin membesar memerlukan nutrien tertentu untuk tumbesaran. Tubuh mereka juga sedang cuba untuk menyesuaikan diri  dengan pemakanan yang diberikan. Sehingga ke satu tahap, mereka mungkin akan mengalami  masalah sembelit.

Jika keadaan itu berlaku, ibu-ibu boleh cuba 6 cara atasi sembelit bayi secara semulajadi ini.

6 Cara Atasi Sembelit Bayi Secara Semulajadi Dengan Cepat Dan Berkesan

Berikut adalah cara mengatasi sembelit bayi yang boleh dilakukan di rumah.

 

  1. Beri anak makan buah-buahan berserat

Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula,  boleh berikan mereka makanan separuh pepejal  yang kaya dengan serat seperti lobak merah segar yang dikisar.

Untuk kanak-kanak setahun keatas, berikan jus betik untuk membantu melancarkan sistem pencernaan. Selain mengandungi serat, buah betik juga memiliki bahan semulajadi untuk merangsang pergerakan usus.

jus betik anak sembelit

 

  1. Tukar susu formula 

Jika bayi baru lahir dan hanya menyusu badan, ibu tidak perlu risau jika mereka tidak membuang air besar selama beberapa hari. Biasanya sembelit tidak berlaku disebabkan susu badan. Teruskan menyusu badan seperti biasa.

Tapi, sekiranya anak ibu menyusu susu formula, mereka lebih mudah untuk mengalami sembelit. Cuba kurangkan kepekatan susu ketika membancuh atau tukar kepada jenama lain. Sesetengah jenis susu formula mungkin tidak sesuai dengan anak . Minta nasihat doktor untuk memastikan susu tersebut sesuai untuk anak.

 

  1. Galakkan bayi minum air masak

Sembelit sering berlaku apabila badan kekurangan air. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, biasakan mereka minum air masak. Ingatkan mereka untuk minum sekali dalam sejam. Pastikan bawa bekalan air ketika keluar bermain terutamanya ketika cuaca panas.

Take note ya ibu-ibu !

Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah tidak perlu diberi air masak kerana air susu ibu sudah cukup untuk menampung semua nutrisi yang diperlukan. Malah, jika ia diberi berlebihan boleh menyebabkan bahaya seperti kekurangan berat badan, kekurangan garam, dan menyusutkan penghasilan susu ibu.

 

  1. Pastikan anak bergerak aktif

Bawa anak  keluar bermain sekurang-kurangnya 30 minit. Boleh juga bersenam atau melakukan pergerakan untuk bayi. Banyak bergerak aktif dapat membantu kelancaran usus dan memudahkan pembuangan. Contohnya, ibu juga boleh membuat pergerakan seperti kayuh basikal untuk bayi.

 

  1. Perbaiki rutin ke tandas

Sembelit selalu terjadi di usia anak mula aktif bermain atau dalam proses bercerai lampin. Kadang-kadang anak kita leka bermain sehingga lupa untuk ke tandas. Ada juga yang ‘takut’ atau tidak selesa untuk ke tandas kerana sebab-sebab tertentu.

Oleh itu, cuba tanya mereka puncanya dan perhatikan sama ada mereka sudah betul-betul bersedia untuk bercerai lampin. Jangan marah mereka sekiranya mereka tidak sengaja ‘membuang’ dalam seluar. Sediakan mereka ‘potty training bowl’ atau gunakan tandas cangkung untuk melatih anak anda membuang air besar kerana posisi mencangkung memudahkan najis keluar.

 

  1. Urutan lembut

Untuk bayi, lakukan urutan setelah mandi dengan air suam. Lakukan urutan di perut bayi bermula di pusat kemudian keluar mengikut arah jam. Kemudian lakukan pergerakan kaki pada bayi dengan cara menggerakkan kedua-dua kaki bayi seolah mengayuh basikal.

 

Pergerakan kaki ini dapat membantu pergerakan otot perut dan memberi tekanan lembut pada usus bayi.

Semasa membuat urutan boleh gunakan minyak bayi atau balm khas untuk bayi seperti T Rub. Ini membantu bayi untuk keselesaan perut, kurang sembelit dan tidak kembung.

Pesanan untuk ibu-ibu, dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlarutan.

 

Baca juga : 9 Essential Oils Yang Membantu Bayi Sembelit Dan Kembung

mommyluv

We never know the love of a parent till we become parents ourselves.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

error: Please share this article. Tq