5 Snek Berkhasiat Untuk Kanak-kanak
Snek biasanya menjadi sebahagian besar daripada diet anak-anak kita , jadi penting untuk kita pilih snek yang berkhasiat untuk anak-anak demi kesihatan jangka panjang mereka.
Antara contoh snek berkhasiat yang boleh dibekalkan kepada anak-anak ialah seperti :-
- Bertih jagung (popcorn)
Popcorn adalah bijirin penuh. Popcorn sebenarnya mempunyai 4 gram serat setiap 3 cawan hidangan. Jika buat sendiri di rumah adalah lebih baik. Boleh olah popcorn untuk lebih menarik dengan topping coklat kurang manis, peanut butter dan sebagainya. Pastikan tidak terlalu manis atau menggunakan sebarang pewarna. Boleh cuba tengok 10 Quick And Easy Popcorn Recipes For Kids.
2. Biskut
Kita boleh menjadikannya sihat jika kita menggunakan bahan yang betul. Sekarang ni dah banyak pilihan yang ibu-ibu ada. Tepung gluten free dan bahan-bahan organik untuk hasilkan biskut boleh didapati hanya di hujung jari sahaja.
Jika tiada masa nak buat, boleh pesan biskut yang dah siap. Banyak biskut anak-anak homemade yang dihasilkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kesihatan anak-anak. Boleh cari jenama-jenama seperti Cookiddos Malaysia atau boleh contact kawan mommy ni Puan Norsolehah. Stok sentiasa ada dengannya. Biskutnya disukai kanak-kanak. Sekadar berkongsi tempat boleh beli biskut sihat yang mommy suka. Mungkin ibu-ibu lain juga boleh cuba.
3. Pizza
Pizza menggantikan roti sandwic, boleh letak bahan-bahan yang menyihatkan seperti buah zaitun, capsicum yang dihiris, nenas dan isi ayam. Gunakan tepung gluten free.
4. Muffin/cupcake
Muffin atau cupcake tak sihat untuk anak! Boleh jadikannya sihat asalkan penggunaan bahannya juga yang sihat. Boleh rujuk entri mommy yang satu ini.
5. Nugget Nasi
Mommy pernah buat nugget nasi. InsyaaAllah ada masa Mommy nukilkan resipinya di sini juga. Tapi, buat masa ni boleh tengok resipinya di sini.
Selain 5 jenis snek di atas, ibu-ibu jangan lupa biasakan anak-anak makan buah-buahan, usahakan untuk prepare buah-buahan dalam peti di rumah kita. Selain menjadi snek sihat, ianya akan memberi kelebihan kepada badan anak dari segi daya tahan melawan penyakit. Mereka lebih kebal dan tidak mudah demam, selsema atau apa-apa penyakit berkaitan.