Biasakan mommies, kita dengar, anak asyik meragam bila nak tumbuh gigi. Serba tak kena dibuatnya.

Menurut MayoClinic, bayi biasanya akan tumbuh gigi sekitar usia 6 bulan. Dua gigi hadapan bawah adalah yang pertama muncul diikuti dengan dua gigi hadapan atas. Namun, ada juga bayi yang lebih awal dan lebih lewat.

Simptom-simptom yang lazimnya turut serta dengan gigi yang tumbuh ini mungkin boleh menyebabkan ibu bapa sedikit risau, letih, dan penat. Antara tanda bayi tumbuh gigi adalah:

  • Air liur meleleh
  • Suka menggigit objek keras
  • Nampak tak selesa dan asyik meragam
  • Menghisap jari

Sesetengah bayi akan demam dan cirit-birit apabila tumbuh gigi. Tak perlu terlalu risau akan keadaan ini.

 

Ada 5 Perkara Yang Boleh Ibu Bapa Buat Bila Bayi Nak tumbuh Gigi :

 

  1. Gosok Gusi Bayi

Gunakan jari atau kain lampin yang bersih dan dilembapkan sedikit untuk menggosok gusi bayi anda.

Tekanan daripada jari atau kain ini membantu melegakan kegatalan gusi dan rasa ketidakselesaan yang dialaminya.

 

  1. Gunakan ‘Teether’ Dingin

Jika ada ‘teether’ di rumah, masukkan sebentar ke dalam peti sejuk (bahagian ‘chiller’, bukan ‘freezer’ ) supaya ia terasa sedikit dingin.

Jika tiada, boleh juga memberikan kain atau saputangan yang disimpan dalam beg ‘ziplock’ dan disejukkan dalam peti sejuk. Rasa sejuk ini dapat menjadikan gusi terasa kebas dan sekaligus melegakan kerengsaan tersebut.

teether untuk bayi

  1. Beri Buah-Buahan Sejuk

Untuk bayi yang sudah berusia 6 bulan dan ke atas, mereka boleh diberi ‘finger food’ sebagai snek dan juga untuk merawat rasa tidak selesa akibat tumbuh gigi.

Berikan buah-buahan kegemaran bayi untuk mereka menggigitnya di samping mendapatkan nutrisinya. Sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu juga boleh. Ianya boleh mengurangkan ketidakselesaan yang dialami.

 

  1.  Buat Aiskrim Susu atau ‘Breastmilk Popsicle’

Selain menggunakan ‘teether’, ada satu lagi cara untuk membantu bayi tumbuh gigi melegakan rasa sakit atau gatal pada gusinya, iaitu dengan membuat aiskrim susu badan atau ‘breastmilk popsicle’.

Senang je, gunakan puting bayi atau acuan khusus untuk membuatnya seperti dalam gambar di bawah.

 

Breastmilk Popsicle
Contoh acuan

 

Breastmilk Popsicle
Hasilnyaa..

 

Breastmilk Popsicle
Credit : babygaga.com
  1. Sentiasa Lap Air Liur Bayi

Semasa bayi tumbuh gigi, lazimnya air liur mereka banyak yang meleleh. Oleh itu, pantau keadaan bayi sekerap mungkin dan pastikan air liur mereka sentiasa dilapkan.

Jika tidak, air liur boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan boleh menyebabkan bayi berasa lebih tidak selesa.

 

Selain itu, untuk menenangkan bayi yang meragam dan ada kemungkinan sukar tidur akibat ketidakselesaannya itu, ibu-ibu boleh juga menggunakan Balm Calm Time Tasneem Naturel. Ianya boleh membantu anak lebih relaks dan tenang menghadapi situasi yang sedang dialami.

 

Sekiranya bayi masih meragam dan keadaannya menjadi lebih teruk seperti demam teruk, cirit-birit yang teruk, ibu-ibu sebaiknya berjumpa doktor.

 

 

(Visited 5 times, 1 visits today)