Bagus Ke Beri Snek Kepada Anak ? Perhatikan 5 Perkara Ini Terlebih Dahulu !

Anak-anak  yang berumur 1 hingga 3 tahun akan mengalami proses tumbesaran yang sangat cepat. Semasa fasa ini, sangat penting untuk tubuh mereka mendapatkan nutrien dan mineral yang secukupnya.

Selain itu, ketika ini juga tabiat pemakanan sihat serta diet seimbang mesti dibiasakan kepada mereka.

Bagus ke beri snek kepada anak ?

5 perkara ini mesti diambil tahu oleh ibu-bapa  memberikan apa-apa snek kepada anak.

 

  1. Diet mereka mestilah seimbang

Memberi snek kepada anak  merupakan cara yang paling mudah untuk memastikan mereka makan dengan secukupnya. Kebanyakan kanak-kanak pada usia terlalu sibuk bermain tidak menyukai waktu makan serta sangat memilih nak makan apa.

Snek yang sihat dapat membantu diet seimbang anak kita sekiranya diberi pada waktu yang sesuai. Snek dapat membantu mereka mengalas perut sementara menunggu waktu makan yang seterusnya.

Buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berserat serta berkalsium tinggi merupakan makanan yang terbaik untuk diberikan kepada mereka.

Pakar nutrisi menyarankan, 3 kali waktu makan serta pengambilan snek 2 hingga 3 kali sehari merupakan diet yang terbaik. Waktu snek ini diambil disarankan untuk ditetapkan pada waktu pagi, tengah hari dan selepas makan malam jika perlu.

 

      2. Pilih snek sihat 

Kanak-kanak secara lahiriahnya sangat menyukai gula-gula dan keropok. Tapi, sebagai ibu-bapa mestilah lebih tegas dalam hal ini.

Sebaiknya, sejak daripada awal ajarkan mereka tentang makanan yang berkhasiat untuk mereka. Perkenalkan buah-buahan kepada anak supaya mereka suka makan buah.

Elakkan makanan yang diproses  yang mengandungi gula, garam dan lemak yang tinggi. Sebagai contoh, makanan yang bagus diberikan sebagai snek kepada anak adalah:

  • Bijirin sarapan yang rendah kandungan gula
  • Buah-buahan segar yang dipotong kecil
  • Biskut yang kurang gula (ada option gluten free, white sugar free, ramai ibu-ibu yang menjualnya)
  • Muffin mini rendah gula (juga ada option gluten free dan white sugar free)

      snek sihat untuk anak

 

        3. Tetapkan waktu pengambilan snek 

Kanak-kanak kebiasaannya amat patuh dengan rutin yang ditetapkan. Hidangkan snek dan makanan pada waktu yang sama setiap hari.

Ini akan mengajar anak kita membiasakan diri untuk patuh kepada waktu makan mereka. Jika rutin ini tidak ditetapkan, anak akan kehilangan kebolehan untuk mengesan kelaparan serta kekenyangan diri sendiri sekaligus mungkin menyebabkan mereka terlebih makan. Kejap-kejap makan tak tentu masa!

Berikan air putih atau susu sekiranya mereka mengadu dahaga. Jika anak merupakan penggemar tegar jus buah-buahan, berikan mereka sebiji buah tersebut berbanding jusnya. Atau boleh juga blend buah untuk jadikan jus tanpa gula tambahan. Usah beri yang ready made atau air kotak.

 

      4. Bagi peluang anak pilih snek yang mereka suka

Beri peluang kepada anak  untuk sesekali memilih snek mereka sendiri. Berikan pilihan aneka snek yang berkhasiat dan biarkan mereka memilih apa dan berapa banyak kuantiti snek yang mereka inginkan.

Namun begitu, perlu juga bertegas untuk tidak membenarkan anak  memilih waktu makan snek mereka sesuka hati. Ajar mereka bahawa waktu makan utama dan waktu snek adalah tetap dan sama pada setiap hari.

 

     5. Perkara yang perlu dielakkan

Kebanyakan ibu bapa cenderung untuk mengumpan anak mereka dengan gula-gula, air kotak dan seumpamanya, namun ini bukanlah strategi yang terbaik.

Ini kerana gula-gula dan air kotak akan dianggap sebagai makanan yang sangat bernutrisi serta sihat berbanding yang lain. Hakikatnya, gula-gula dan air kotak sememangnya diketahui mengandungi kandungan gula yang tinggi yang tidak bagus untuk kesihatan.

Kek harijadi, muffin atau biskut juga merupakan makanan yang digemari oleh kanak-kanak namun kita perlu mengelakkan makanan yang tidak berkhasiat ini untuk menjadi kebiasaan kepada anak. Mungkin boleh gantikan dengan gubahan buah yang lebih menarik.

 

Tabiat pemakanan yang sihat ini perlu bermula dari rumah pada seawal usia lagi. Snek bukanlah satu upah atau umpan kepada kanak-kanak sebaliknya merupakan hidangan mini.

 

Sentiasa ajar anak untuk membuat pilihan yang terbaik terhadap pemilihan makanan atau snek mereka. Paling penting, elakkan mengambil makanan yang diproses atau hadkannya pengambilannya.

Sememangnya diakui, makanan yang dimasak sendiri di rumah adalah yang terbaik. Nak anak makan makanan sihat, ibu ayah kena mulakan terlebih dahulu. Anak-anak akan copy apa yang ibu ayah makan. Sebijik!

 

mommyluv

We never know the love of a parent till we become parents ourselves.

2 thoughts on “Bagus Ke Beri Snek Kepada Anak ? Perhatikan 5 Perkara Ini Terlebih Dahulu !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Please share this article. Tq
WhatsApp chat