Seperti yang kita ketahui, Lavender memiliki aroma yang sangat khas yang biasanya digunakan dalam kosmetik, perfume dan tak kurang juga digunakan di dalam balm atau blend oil mengikut fungsinya.

Lavender merupakan essential oil (minyak pati tumbuhan) paling banyak digunakan di dunia. Ianya digunakan lebih 2500 tahun yang lalu.

Orang Mesir menggunakan minyak lavender untuk membuat mumia dan perfume.Bangsa Romawi menggunakannya untuk mandi, memasak dan mengharumkan ruangan.

kebaikan lavender

5 Manfaat Lavender Untuk Kesihatan dan Kecantikan

1. Minyak Lavender untuk kecantikan kulit

Minyak lavender mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.  Ianya juga mengandungi antiseptik dan antiradang yang bermanfaat untuk masalah jerawat.  Boleh gunakan setitis minyak lavender yang dicampur dengan beberapa titis carrier oil seperti minyak argan atau minyak jojoba. Oleskan ke muka secara konsisten untuk hasil yang baik.

 

2. Minyak lavender mengurangkan eczema

Ekzema merupakan satu keadaan kulit yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada sesiapa yang menghidapinya. Ia boleh menyebabkan  kulit menjadi kering dan gatal .

Minyak pati lavender boleh digunakan untuk tujuan ini . Caranya, campurkan dengan tea tree oil dan oleskan di bahagian ekzema. Terkenal dengan sifat antiseptik, minyak lavender boleh membantu mengurangkan kegatalan, kemerah-merahan dan juga mengawal simptom ekzema yang lain. Namun, sebelum menggunakannya perlulah dirujuk kepada yang arif terlebih dahulu. Ini kerana ianya bergantung kepada keseriusan masalah dan kesesuaian kulit.

 

3. Minyak lavender untuk luka dan melecur.

Minyak lavender telah terbukti membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, lecur dan juga calar. Ini kerana ia mempunyai sifat anti-mikrobakteria. Kajian telah dijalankan pada tahun 2016 di mana minyak pati lavender telah disapukan pada tikus makmal yang terluka dan sebagai perbandingan, tikus makmal yang lain tidak disapukan minyak lavender. Ternyata, pembentukan tisu untuk menyembuhkan luka tersebut lebih cepat dihasilkan di tikus yang telah disapukan minyak lavender. Beberapa penyelidikan lain juga telah dijalankan bagi menyokong khasiat minyak lavender ini. Namun begitu, sekiranya luka yang parah adalah lebih baik untuk mendapatkan rawatan doktor terlebih dahulu.

 

4. Minyak lavender untuk masalah tidur

Minyak lavender telah terbukti membantu anda untuk mendapatkan mood tidur, menenangkan dan juga melenakan tidur anda. Minyak lavender merupakan alternatif yang lebih selamat untuk mudah tidur, tidur lena dan mendapatkan tidur berkualiti.

Satu kajian yang telah diterbitkan di dalam Journal of Alternative Complementary Medicine menemukan lavender oil membantu meringankan keluhan insomnia pada lelaki dan wanita yang dikaji.

5. Minyak Lavender untuk mood booster

Secara tradisional, lavender telah digunakan untuk membantu masalah seperti migrain dan stress. Aromanya yang menenangkan boleh memberi kesan kepada mood yang lebih baik. Boleh cuba diffuse Minyak Lavender di ruangan kerja atau di rumah.

 

Selain manfaat di atas, terdapat banyak lagi kebaikan Minyak Lavender untuk manusia secara khususnya untuk kegunaan seharian. Hampir kesemua produk Tasneem Naturel juga mengandungi Minyak Lavender yang berkualiti. Contohnya seperti Balm Sleep Time, Balm Calm Time dan Sleep Pillow Mist.