5 Kesilapan Yang Selalu Ibu Bapa Lakukan Semasa Time-out

Ramai ibu bapa kini yang menggunakan teknik time-out dalam mendisiplinkan anak. Namun, teknik ini tidak selalunya berkesan, terutama jika kaedah ini tidak diikuti dengan betul. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan kanak-kanak yang keluar daripada tempoh time-out akan bertenang dan lebih baik, namun ia tidak selalunya berlaku begitu.

Sebelum itu, mari kita cerita sedikit tentang apa itu ‘time-out’?

parenting, cara disiplinkan anak, kids time out

Time out adalah salah satu teknik mendisiplinkan anak selepas mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan.  Caranya, kita sisihkan anak di sudut diam. Dengan kata lain, kita asingkan anak di sudut yang kita tetapkan dalam masa yang ditetapkan. Biarkan mereka menyendiri. Cara ini adalah lebih baik dan berkesan berbanding kita memarahi, mengherdik atau melabel anak.

Kajian daripada Oregon Health and Science University di Portland mendedahkan bahawa lebih 85 peratus ibu bapa membuat kesalahan semasa menjalankan time-out.

 

Antara 5 kesalahan yang dilakukan semasa time-out adalah :

 

  1. Tidak merancang lebih awal

Apa yang kita nak rancang tu? Begini. Kita kena tanya at least 3 soalan ni sebelum nak buat time-out ni.

Kelakuan anak yang bagaimana perlu dibawa ke zon time-out?

Di mana tempat time-out?

Berapa lama ia berlangsung?

Penulis buku Child Temperament: New Thinking About the Boundary Between Traits and Illness, yang juga merupakan Ahli Psikiatri Kanak-kanak di University of Vermont College of Medicine, David Rettew berkata, ramai ibu bapa yang menggunakan time-out untuk memukul anak walhal ‘time-out’ bukanlah hukuman atau denda.

Apapun yang ibu bapa persetujui tentang time-out, adalah penting untuk melakukannya secara konsisten. Pilih tempat time-out yang jauh daripada mainan, televisyen, dan gangguan lain.

Akan tetapi, jangan bawa anak anda ke tempat time-out yang terpencil, gelap dan menakutkan. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil masa yang lama semasa menjalankan time-out. Sebelum mengenakan time-out, bercakap dahulu dengan anak anda tentang proses tersebut.

 

  1. Menggunakan time-out untuk sebab yang salah

Time-out bukannya masa untuk memantulkan kelakuan anak. Time-out digunakan untuk memisahkan kanak-kanak daripada kesalahan mereka sebelum perkara menjadi lebih teruk. Selepas tamat tempoh time-out, barulah anda boleh mengajak anak mencermin kembali apa yang mereka telah lakukan.

 

  1. Berikan anak perhatian

Tujuan time-out dibuat adalah untuk mengasingkan anak daripada situasi tertentu. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan bertindak untuk mencari perhatian. Bagi meningkatkan keberkesanan time-out, elakkan daripada berborak dengan anak anda semasa tempoh tersebut. Matlamat time-out adalah supaya anak anda mengetahui bahawa kelakuan mereka itu menyebabkan mereka kehilangan perhatian anda, dan bukannya meraih perhatian.

 

  1. Menggunakannya terlalu kerap

Time-out adalah lebih berkesan jika dibuat kepada anak kecil yang selalu membantah dan ingkar. Bagi mengoptimumkan keberkesanan time-out, adalah penting untuk anda menggunakannya hanya bila perlu. Jika anak anda merungut atau bertarik tali dengan anda, pertimbangkan alternatif seperti pengukuhan positif.

 

Untuk membuatkan time-out lebih efektif, pertimbangkan pendekatan ini. Apabila anak anda tidak berkerjasama, keluarkan hanya satu amaran jelas sahaja dan jika dia tidak mendengar kata dalam masa 30 saat, terus letakkan anak anda di zon time-out. Umumkan pada anak tentang time-out dan letakkan mereka dalam kawasan tertentu untuk menjalankan time-out. Tidak mengapa jika anda minta penjelasan pada anak sebelum atau selepas time-out, tetapi jangan memberikan mereka dua-dua pilihan pada satu-satu masa. Lebih berkesan jika anda hapuskan semua bentuk perhatian pada mereka.

 

Berbanding anda meletakkan anak dalam zon time-out pada tempoh yang lama, anda disarankan untuk menerangkan time-out dalam 1 hingga 3 minit. Tempoh ini adalah berkesan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun. Selepas meletakkan anak di tempat time-out, perlahan-lahan anda berlalu dan biarkannya duduk sendirian tanpa melakukan apa-apa. Tidak kiralah jika anak duduk diam ataupun memberontak, amat penting untuk anda tamatkan time-out apabila habis masanya.

 

  1. Hilang sabar semasa time out

Ibu bapa perlu mengawal untuk tidak membebel, memalukan, menempik, ataupun menggunakan perbuatan fizikal kepada anak semasa tempoh time-out. Kesemua bentuk perhatian ini akan membuatkan tingkah laku negatif pada kanak-kanak. Jika anda dalam keadaan marah semasa proses time-out, tinggalkan anak sementara di ruang time-out dan hanya kembali jika anda dalam keadaan tenang.

 

Time-out kedengaran mudah, tetapi sebenarnya ia amat mencabar. Oleh itu, ibu bapa jangan takut untuk meminta bantuan bagi mempelajari proses time-out. Dengan pelaksanaan yang betul, time-out dapat membantu anak anda untuk mendengar kata dan lebih berdisiplin. Mommy pun tak kuat rasanya nak ber time-out ni. Banyak lagi yang mesti dipelajari.

 

Semoga boleh bantu mommies !

mommyluv

We never know the love of a parent till we become parents ourselves.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

error: Please share this article. Tq