5 Jenis Makanan Yang Mungkin Menyebabkan Anak Suka Mengamuk
5 Jenis Makanan Yang Mungkin Menyebabkan Anak Suka Mengamuk | Ibu-ibu biasa ke alami keadaan di mana anak tiba-tiba mengamuk tanpa tahu sebabnya? Kadang-kadang meraung tergolek-golek macam kena dera.
Tahukah ibu-ibu, faktor pemakanan anak juga kadang-kadang menyebabkan emosi dan sikap anak berubah. Perkara ini kerap kita lihat pada anak yang menginjak umur 2 tahun.
Selain faktor lain, faktor pemakanan juga perlu diambil kira. Ini kerana ianya berkait rapat dengan proses perkembangan anak tersebut.
5 Jenis makanan ini wajar diberi perhatian untuk diambil secara seimbang atau dielakkan :
1. Produk tenusu
Jika anak anda jenis yang alergi kepada laktosa yang ada dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan lain iaitu bertukar menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa. Sebab? Kemungkinan jika anak itu lactose intolerance, apabila consume makanan yang tinggi laktosa, ianya akan menyebabkan kembung perut dan tidak selesa. Hasilnya, anak akan meragam akibat ketidakselesaan itu tetapi mungkin belum pandai nak explain apa yang mereka rasa. Ibu-ibu mesti peka dengan keadaan ini.
2. Pewarna tiruan
Pewarna tiruan yang banyak terkandung dalam makanan ringan mempunyai kaitan rapat dengan masalah ADHD, hiperaktif dan perubahan tabiat?. Ianya juga tidak baik untuk kesihatan anak dan mengundang penyakit-penyakit lain. Cuba elakkan daripada anak terbiasa dengan makanan yang tinggi pewarna tiruan seperti gula-gula, cup cake warna- warni, lollipop, air minuman berwarna ( yang bukan dari sumber semulajadi), air kotak biasanya.
Usah pujuk anak dengan lollipop warna-warni lagi tau!
3. Gula
Jika diambil melebihi paras yang normal ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan untuk jangka masa panjang. Kurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan gula.
4. Bahan pengawet
Terdapat dalam makanan terproses seperti makanan dalam tin, air kotak dan lain-lain. Pemakanan yang kaya dengan bahan pengawet akan mempengaruhi hormon dan adakalanya menyebabkan perubahan perasaan kanak-kanak, perkembangan terbantut dan mempunyai masalah tidur.
Sejujurnya, Mommy paling pantang kalau tengok mak-mak pujuk anak menangis dengan air kotak. Umur baru 2 tahun dah minum air kotak perisa macam-macam . Ada yang minuman susu coklat, strawberi bagai untuk kanak-kanak katanya. Tapi tahukah ibu-ibu, di dalamnya ada bahan pengawet dan kandungan gula yang tinggi!
Nak mudah katanya especially kalau travel, beli je air kotak berperisa dan manis tu sedozen letak dalam kereta.
Boleh je nak minum air kotak, minum susu tanpa perisa atau fresh yang dalam kotak itu lebih baik. Elakkan yang berperisa dan manis. Tengok juga kandungan nutrisi terlebih dahulu sebelum beli.
5. Bahan perasa

Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hiperaktif kepada kanak-kanak.
Memasak sendiri di rumah juga tidak menyelesaikan masalah ini sekiranya ibu menggunakan bahan perasa yang bukan semulajadi. Jom tukar kepada bahan-bahan memasak di rumah yang lebih sihat. Hari ini , kita disajikan dengan pelbagai alternatif untuk pemakanan yang lebih sihat. Banyak resipi-resipi menarik dan sihat yang dikongsikan.
Kesimpulannya, ibu perlu sentiasa perhatikan pemakanan anak-anak dan sediakan makanan yang terbaik untuk perkembangan mereka.