5 Cara Cuci Pakaian Baby Baru Lahir Untuk Elakkan Jangkitan
Bila nak jadi ibu ni kan, Mommy selalu tertanya-tanya macam mana nak basuh baju baby yang baru lahir tu. Ya lah kan, kulit baby ni sensitif. Semestinya tak boleh nak basuh baju sembarangan.
Mungkin ada juga ibu-ibu muda yang bakal melahirkan anak buat pertama kalinya juga macam Mommy, tertanya-tanya cara cuci pakaian yang betul supaya tak memudaratkan bayi.
Berikut adalah 5 tips cuci pakaian yang boleh bantu mommies :
- Elak guna sabun yang berbau kuat
Kita ni biasanya nak baju yang dibasuh tu berbau wangi kan? Letak sabun la, pelembut la. Tapi, dalam tak sedar bau wangi yang bukan daripada bahan semulajadi itu tidak baik untuk kesihatan kulit. Apatah lagi kulit bayi yang sangat sensitif itu.
Bahan kimia yang ada dalam sabun itu boleh menyebabkan iritasi pada kulit anak. Pilih sabun khas untuk pakaian bayi dan rendamkan pakaian guna air suam.
Ada banyak jenis sabun di pasaran sebenarnya. Antara yang Mommy suka adalah 2 jenama ni :


- Asingkan pakaian bayi
Semestinyalah kan, kena asingkan pakaian bayi dengan pakaian kita. Bukan sahaja ketika basuh ya, juga mesti sediakan bakul pakaian kotor khas untuk bayi.

- Mesti cuci pakaian yang baru dibeli
Semua pakaian yang baru beli tu kena basuh dulu ya. Supaya ianya benar-benar bersih untuk dipakaikan kepada anak untuk elakkan keadaan yang tak diingini berlaku.
- Jemur di bawah matahari
Sinaran matahari boleh bunuh bakteria. Sebolehnya, elakkan menjemur pakaian dalam rumah di ruangan yang tertutup. Kalau rajin, boleh ‘iron’ baju baby selepas jemur. Sebab, ianya boleh bantu meminimakan bakteria pada pakaian baby.
- Simpan pakaian di tempat yang tertutup
Pakaian yang telah dicuci dan dilipat sebaiknya disimpan dalam almari atau bakul yang bertutup.Kenapa kena simpan di tempat tertutup? Nak elak habuk dan sebagainya tu sebenarnya. Jika tiada bakul tertutup pun, boleh je tutup denagn napkin atau lampin.
Mudah je kan nak urus pakaian bayi ni? Mudah-mudahan baby baru lahir kita tu terhindar daripada sebarang jangkitan dan sebagainya.
Enjoy motherhood journey ye mommies!