Artikel kali ini Mommy ambil daripada perkongsian Pn Ashikin Hashim berkenaan cara nak elakkan ketagihan gajet di kalangan anak-anak baik yang kecil mahupun yang besar.

Bukan sesuatu yang mudah untuk ibu-ibu yang berdepan dengan anak yang sudah melekat dengan gajet, tapi dengan usaha yang berterusan ianya boleh membantu. Paling penting, tindakan awal ibu-ibu sangat memberi kesan kepada perkembangan anak dan reaksi mereka terhadap gajet. Cegah atau perbaiki keadaan sebelum terlambat.

 

5 Cara Berkesan Kurangkan Ketagihan Gajet Anak

 

1. Gajet hanya diperkenalkan selepas umur 2 tahun. Lagi lewat lagi bagus.

➡️ 2 tahun ke bawah tidak digalakkan sama sekali untuk memberikan telefon kepada anak.

➡️ 2 tahun ke bawah anak memerlukan sentuhan dan interaksi secara langsung.

➡️ Untuk 2 tahun ke atas, hanya dibenarkan bergajet 2 jam sehari sahaja. (saya sangat-sangat sarankan, jika boleh tangguh, tangguhkan pemberian gajet)

 

2. Ibu bapa perlu tetapkan peraturan. Ibu bapa mesti tegas.

➡️ Bila kita benarkan anak kita bergajet? – sebagai contoh, saya hanya benarkan anak bergajet pada Sabtu dan Ahad dan cuti sekolah sahaja.

➡️ Berapa lama masa yang ditetapkan? – Masa yang ditetapkan hanyalah 2 jam sehari sahaja.

➡️ Buat jadual supaya anak nampak dan sentiasa ingat serta faham peraturan yang kita tetapkan.

 

3. Denda jika perlu

➡️ Tetapkan satu sistem reward dan denda mengikut keperluan masing-masing.

➡️ Contohnya memberikan reward pergi ke padang permainan jika ikut peraturan atau denda potong masa bergajet jika tidak ikut peraturan.

 

4. Gantikan dengan aktiviti yang bermanfaat

➡️ Jika mahu anak tidak ketagih gajet, ganti dengan aktiviti lain yang boleh membuatkan anak lupa untuk bergajet

➡️ Contoh aktiviti: bermain scrabble, melukis, mewarna, beri anak main air seperti basuh kereta, bantu di dapur, kemas rumah

 

5. Ibu bapa tunjuk contoh tauladan terbaik kepada anak

➡️ Ibu bapa juga jangan ketagih gajet. Usah bergajet di depan anak terlalu kerap

➡️ Tetapkan kawasan atau masa larangan bergajet. Contohnya tidak boleh bergajet ketika di meja makan atau 1 jam tanpa gajet selepas solat maghrib.

 

Jom kita buat dulu 5 cara ini, insyaaAllah boleh membantu perkembangan minda dan emosi anak yang lebih baik. Anak tidak berkepit dengan gajet dan tidak bergantung kepada gajet.

 

cara kurangkan ketagihan gajet
Sambil tunggu makanan yang dipesan siap pun boleh beraktiviti dengan anak. Kredit gambar : Pn Ashikin Hashim