Best kan tengok anak-anak senyum gigi elok je, cantik dan tersusun. Satu lagi, anak-anak tak mengadu sakit gigi.

Ibu, anak-anak kita  memerlukan pelbagai sumber makanan untuk mendapat cukup nutrisi bagi perkembangan giginya.

Selain kumpulan makanan utama, dengan menambah lebih banyak makanan berkhasiat yang kaya vitamin dan mineral dalam diet anak kita, ianya akan membekalkan lebih mineral, vitamin, serat, dan lemak sihat untuk perlindungan gigi mereka.

Ini contoh 4 makanan yang baik untuk gigi anak-anak.

  1. Sayuran crunchy

Jika anda mencari makanan kunyahan ‘semula jadi’, mungkin sayuran crunchy atau rangup (seperti lobak merah, kubis bunga, kacang hijau, daun saderi atau snak kacang) adalah pilihan yang sesuai.

Sayur-sayuran ini mempunyai tekstur kasar semula jadi yang membantu mengikis keluar sisa plak yang tidak diperlukan selepas anak anda memberus gigi. Ibu bapa perlu menyediakan sayuran seperti ini sebagai snek atau pencuci mulut dan menggalakkan kanak-kanak untuk kerap mengunyah sayuran ini.

Satay Vegetable
Boleh cuba buat vegetable satay atau vegetable skewer.

     

2. Buah-buahan kaya dengan vitamin C

Bagi mencegah gingivitis yang disebabkan oleh beberapa jenis bakteria dalam mulut kanak-kanak, jadi ibu perlu menyediakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dalam makanan harian anak .

Terdapat banyak jenis buah yang kaya dengan vitamin C yang mudah anda dapati di pasar seperti oren, buah limau, kiwi,  betik, dan beberapa jenis buahan lain. Buah yang kaya vitamin C selain boleh membantu menghapuskan bakteria dalam mulut , ianya  membantu penghasilan kolagen sihat untuk gusi.

 

       3. Kekacang dan bijian

Jika anak anda berusia 3 tahun ke atas, ibu boleh berikannya makan bijian seperti biji bunga matahari dan biji chia.

Bijian ini adalah sumber mineral hebat, mengandungi lemak baik, protein dan serat. Ia juga menyediakan lemak semula jadi yang menyalut gigi dan membantu melindungi gigi daripada bakteria.

Minyak semula jadi yang ada dalam bijian membantu menguatkan enamel gigi. Malahan, sesetengah bijian juga menyediakan kalsium. Bijian dan kekacang ini disarankan untuk disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan kerosakan.

 

       4. Produk tenusu

Produk tenusu tanpa gula tambahan adalah perlu untuk gigi kanak-kanak. Contohnya, keju akan merangsang penghasilan saliva atau air liur sementara kalsium di dalamnya membantu menggantikan mineral terlarut resap dari gigi oleh asid.

Produk tenusu kegemaran kanak-kanak seperti susu, yogurt, dan aiskrim tanpa gula juga menyediakan kalsium dan fosfat. Susu diperkaya adalah penuh dengan vitamin D, yang membantu tubuh kanak-kanak memproses kalsium dengan berkesan. Mungkin ibu boleh buat yogurt popsicles tanpa gula tambahan.

yogurt popsicle untuk anak

(Visited 6 times, 1 visits today)