Artikel kali ini Mommy akan share 18 persoalan yang bermain di fikiran ibu apabila anak sudah bersedia untuk diperkenalkan dengan solid food.

 

Berikut adalah soalan dan jawapannya :

1.Anak sudah masuk 6 bulan. Nak beri makan apa?

Mulakan dengan puri buah atau sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan tersebut, beri selama 4 hari berturut-turut sebelum perkenalkan dengan yang baru.

 

2. Sehari berapa kali perlu makan?

Untuk permulaan,  1 kali sahaja dahulu. Terpulang mahu beri makan pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam. Ini kerana perut bayi baru nak adapt makanan baru.

 

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?

Untuk sekali makan, memadai hanya 2-3 sudu sahaja. Tidak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Jika anak makan kurang dari itu, tidak mengapa kerana anak baru belajar makan.

 

4) Kenapa tidak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila bayi boleh makan bubur ?

Anak telah minum susu selama 6 bulan. Jadi sebaiknya untuk pengenalan, beri puri buah seperti puri epal, pear labu dan sebagainya yang sesuai. Sistem penghadaman anak belum terbina dengan baik. Nasi merupakan karbohidrat yang mungkin boleh menyebabkan sembelit pada anak. Mulakan memberi bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

 

5) Jika buat puri buah atau sayuran, berapa lama ianya boleh disimpan ?

Jangka hayat puri di dalam chiller adalah 48 jam manakala dalam freezer boleh bertahan sehingga 4 bulan.

 

 6) Macam mana cara pengendalian puri ketika di hantar ke taska atau rumah pengasuh?

Cara pengendalian puri adalah sama seperti cara pengendalian susu ibu.

 

7) Adakah betik, pisang dan avocado perlu dikukus terlebih dahuli sebelum buat puri?

Tidak perlu. Boleh terus lenyek atau hancurkan kemudian terus beri anak makan. Ketiga-tiga jenis buah ini sesuai untuk travel.

 

8) Bagaimanakah cara buat puri?

Semua jenis buah atau sayuran yang keras seperti epal, pear, bunga kobis, brokoli dan lobak perlu distim terlebih dahulu sebelum dikisar menjadi halus. Kemudian, simpan dalam bentuk kiub kecil di dalam freezer.

Credit video to : American Heart Association

 

9) Ketika beri anak makan, mesti berikan air kosong? 

Ya. Sediakan air minuman. Boleh gunakan bekas yang sesuai atau menggunakan sudu.

 

10) Anak  berumur 5 bulan yang kelihatan seperti lapar. Semua benda nak dimasukkan ke dalam mulut. Adakah sudah boleh diberi solid food? 

Tidak . Sistem penghadaman bayi masih belum terbina dengan baik. Sebaiknya tunggu sehingga anak berusia 6 bulan, barulah diperkenalkan dengan solid food.

 

11) Anak seperti tak suka makan ketika diberi solid food. Air kosing juga tak mahu minum. Bagaimana ya?

Tidak mengapa. Tidak perlu paksa anak makan atau minum. Perkenalkan secara perlahan-lahan. Anak perlu masa untuk adapt dengan hal baru.

 

12) Anak sembelit atau cirit-birit setelah diberi solid food. Nak beri makan apa? 

Jika sembelit : Berikan   ‘P’ (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop ‘BRAT’.
Jika cirit-birit : Berikan  ‘BRAT’ (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop ‘P’.

 

13) Bila boleh mula beri ikan kepada anak?

Disarankan umur anak 10 bulan ke atas. Ini kerana, dikhuatiri ada kandungan merkuri dalam makanan laut dan ianya susah diproses oleh perut anak. Makanan laut yang lain seperti udang, sotong sebaiknya beri ketika anak berumur 1 tahun ke atas.

 

14) Tepung apakah yang sesuai untuk anak bawah 1 tahun?

Boleh gunakan  wholewheat unbleached flour atau sebaiknya gunakan gluten free flour. Boleh dapatkannya di pasaran atau secara online.

 

15) Bila boleh beri telur kepada anak? Dan bagaimana caranya?

Pastikan :

– Telur betul-betul masak bukan separuh masak dan sebagainya.
– Boleh rebus telur dan capurkan telur rebus itu ke dalam puri atau bubur.

Cara perkenalkan telur kepada anak :

Minggu pertama – 1 sudu besar kuning telur sahaja
Minggu kedua – 2 kali seminggu jumlah yang sama iaitu 1 sudu besar kuning telur sahaja

Minggu ketiga – 1 biji telur kuning sahaja
Minggu keempat – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 biji kuning telur sahaja)

Minggu kelima – 1 biji telur kuning sahaja + 1 sudu putih telur
Minggu keenam – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 biji telur kuning sahaja + 1 sudu putih telur)

Minggu ketujuh – 1 biji telur sepenuhnya
Minggu kelapan – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 biji telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu.

 

16) Bolehkan berikan anak, jus buah, air kotak, air ribena, air berperisa, vitagen dan seumpamanya?

Tidak perlu dan cuba elakkan. Beri susu dan air kosong sahaja. Jus buatan sendiri sebaiknya untuk anak berumur 1 tahun ke atas dengan 30% jus + 70% air. Minuman-minuman berperisa di pasaran sangat tinggi gula, pewarna dan pengawet. Ianya tidak bagus untuk kesihatan anak. Pola pemakanan sihat anak sepatutnya dibentuk sejak usia dini.

 

17) Apakah 4 Day Rule dan kenapa perlu amalkan kaedah ini?

4 Day Rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

 

18 ) Apakah cadangan makanan yang boleh diberikan kepada anak mengikut umur?

Ini adalah cadangan. Ibu-ibu boleh mencuba. Sekiranya tidak ada masa untuk menyediakannya, ibu-ibu boleh membeli makanan siap atau instant yang terdapat di pasaran. Hanya bancuh sahaja. Cuma, perhatikan betul-betul dan pastikan ianya tidak dicampur dengan sebarang pewarna, perisa dan pengawet.

Umur 6 bulan :
Brown Rice, avocado & banana, apple, pear, cauliflower, carrot, sweet potato  dan pumpkin.

Umur 7 ~ 8 bulan :
Brown Rice, oat, keledek oren atau ungu, barley, avocado, apple, banana, appricot, manggo, peaches, pear, plum, prune, pumpkin, sweet potato, kurma, kacang hijau, carrot, peas, zucchini, ayam, tauhu atau tofu lembut.

Umur 8 ~ 10 bulan :
Brown Rice, oat, barley, keledek oren atau ungu, wheat, pasta, sesame, avocado, appricot, blueberry, cherry, cranberries, apple , grape, kiwi, strawberry, manggo, papaya, perssimmon (pisang kaki), banana, manggo, peaches, pear , plum, prune, dates, pumpkin, sweet potato, kacang hijau, carrot, kacang peas, timun jepun, labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala, ayam, tauhu atau tofu lembut, beef, egg yolk & fish, plain yoghurt, butter & cheese (seeloknya cream cheese).

Selepas anak berumur 8 bulan , boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, celery, halia, daun parsley atau serbuk ikan bilis ke dalam makanan.

Umur 10 ~ 12 bulan :

Semua jenis bijirin, brown rice dan lain-lain. Begitu juga dengan buah-buahan dan protein seperti ayam, telur dan ikan. Cuma, cara penyediaan makanan perlu disesuaikan dengan umur dan keadaan anak. Sebaiknya makanan yang lembut untuk proses penghadaman lebih mudah dan perlu jalani 4 Day Rule untuk melihat kesesuaian makanan tersebut dengan anak. Ibu-ibu kena banyak bereksperimen dan mencuba. Sebolehnya elakkanlah menambahkan sebarang pewarna dan perisa makanan seperti serbuk perisa yang mengandungi kandungan garam atau MSG yang tinggi.

 

Semoga sedikit perkongsian ini boleh membantu ibu-ibu  untuk menyediakan makanan pertama kepada anak-anak. Jika ada cadangan lain, boleh tulis di bahagian komen ya. InsyaaAllah boleh sama-sama belajar.