Undang-Undang Baru Jenayah Seksual Kanak-Kanak Sebagai Usaha Selamatkan Generasi

Undang-Undang Baru Jenayah Seksual Kanak-Kanak Usaha Selamatkan Generasi

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun razak menyatakan,  satu undang-undang baharu dan khusus bagi menangani kesalahan jenayah seksual kanak-kanak secara holistik dan komprehensif akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.

“Undang-undang itu tidak boleh ditentang oleh mana-mana parti politik,” katanya semasa berucap merasmikan Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!!! di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Sedih hati Mommy bila baca Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat , sebanyak 5,779 kes penderaan seksual kanak-kanak direkodkan dari 2010 hingga 2015 dengan purata kes sebanyak 963 kes setahun.

Pernah baca juga, statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) , 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan dan 422 kes luar tabii melibatkan mangsa di bawah 18 tahun bagi tempoh 2015 dan 2016.

Bagi Mommy lah kan, ada beberapa perkara bila melibatkan jenayah seksual kanak-kanak dari sudut pandang seorang ibu lah kan. Mommy suka baca tulisan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Ya ! Setuju, satu sisi lagi peranan kerajaan di peringkat lebih tinggi itu sangat penting. Memang semestinya wajib memandang serius hal ini kerana melibatkan generasi-generasi akan datang.

Sebagai ibu bapa, Mommy rasa, perkara ini perlulah ditangani bermula di peringkat institusi keluarga lagi selain menyerahkannya untuk tindakan undang-undang. Kes sumbang mahram, kes cabul, rogol banyak yang datang dari keluarga bukan?

91% daripada pesalah yang terlibat dalam kes jenayah kanak-kanak adalah terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan mangsa.

 

Hal- hal ini Mommy terfikir perlu dititikberatkan  :

  • Pendidikan seksual kepada anak-anak dan ahli keluarga.

Islam amat menitikberatkan hal ini. Bermula daripada menutup aurat, pergaulan (batasan pergaulan antara perempuan dan lelaki bukan muhrim bahkan dengan lelaki muhrim), adab-adab

  • Didik anak dengan  agama dan adab yang berterusan supaya kukuh tersemat di jiwa anak sejak kecil.

Beritahu anak apa yang baik dan apa yang buruk sejak kecil secara jelas. Jangan takut menerangkan hukum-hukum agama sejak kecil. Pastinya seiring dengan apa yang mereka fahami.

Ajar anak-anak rasa malu sejak kecil. Mommy kadang rasa tak puas hati juga bila anak-anak yang sudah boleh dididik untuk rasa malu, contohnya lepas mandi nak naik atas rumah mesti menutup apa yang sepatutnya wlaupun belum baligh dan hanya ahli keluarga ada di dalam rumah. Anak-anak perempuan, biasakan mandi dengan ibu atau kakak, anak lelaki dengan ayah atau abang.

“Muliakanlah anak-anak kamu, dan perbaikilah adab mereka.”

Riwayat Ibn Majah

  • Perhatikan dan kawal penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak

Dalam hal ini, Mommy rasa , Mommy ni sangatlah kolot punya orang. Haha. Biarlah, anak tak reti sangat ilmu digital pun. Sampai masanya, mereka pandai juga. Memang mereka hidup dalam dunia seperti ini kan?

Mommy akan ajar anak-anak Mommy buat duit kat dunia maya, kat social media berbanding merapu tengok video, chatting, weechat, dan apa lagi yang tak tentu hala. Haha. Mata duitan punya Mommy. Bukan! Nak katanya social media tak salah, cuma kita sebagai ibu bapa yang mesti berperanan mengaturnya untuk hal-hal yang mendatangkan manfaat sahaja.

Pendedahan awal anak-anak terhadap skrin, dunia maya lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Ya kan? Alasan untuk pembelajaran belum lagi kukuh bagi Mommy…orang lain Mommy tak tahu. Masing-masing ada pendapat tersendiri.

  • Masa  dengan anak-anak

Banyak kes jenayah seksual kanak-kanak berpunca daripada institusi keluarga yang tidak kukuh.Penceraian, pergaduhan ibu bapa, anak-anak bawa diri.Ibu dan bapa yang terlalu sibuk. Anak-anak ditinggalkan seharian di rumah pengasuh, di tempat-tempat jagaan, atau yang besar bersama-sama kawan dan sesiapa sahaja.

Faktor kewangan juga jadi punca ibu bapa terpaksa keluar mencari rezeki. Pandangan Mommy mungkin salah, tapi sekali lagi…Mommy mungkin kolot juga..haha…tapi , Mommy lebih suka melihat ibu-ibu yang berada di rumah bersama-sama anak-anak, tak kira masih kecil atau yang sudah besar.

Dalam hal ini, perlunya sokongan padu keluarga kalau si ibu memang terpaksa keluar bekerja disebabkan tuntutan ekonomi keluarga mahupun tugas seperti doktor dan sebagainya. Tinggalkan anak-anak dengan yang dipercayai sahaja dan sentiasa memantaunya. Berbalik juga kepada perkara pertama dan kedua tadi serta perlu ada keraguan walaupun sedikit terhadap anak-anak kita dan persekitaran tempat mereka berada sepanjang kita tiada.

Dan jika suami mampu, apa salahnya mungkin ibu boleh buka ruang dan peluang untuk diri sendiri dan anak-anak untuk ibu berada di rumah sepanjang masa dengan berbisnes dari rumah dan sebagainya.

Cukuplah empat point ini dahulu. Ini pendapat Mommy ye…

Korang pulak macammana??

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *