6 TIPS HADAPI ANAK MUDAH MARAH

Anak yang mudah marah seringkali menyebabkan ibu bapa merasa jengkel dan menggugat kesabaran ibu bapa.

Ketahuilah bahawa anak-anak kecil juga mengalami tekanan. 6 tips ini diharapkan boleh membantu ibu bapa agar lebih tenang saat menghadapi kemarahan anak.

Pengedar Tasneem Naturel Terengganu, Tips anak mudah marah

1. PEKA DENGAN PERASAAN ANAK

Ibu bapa mesti ambil tahu perasaan anak. Apa yang disukai anak, apa yang tidak disukai anak.

Elakkan dari memaksa atau memberi arahan secara keras untuk elakkan anak mula memberontak dan marah.

Jika sesuatu itu perlu, latih anak membiasakan diri dengan hal tersebut. Contohnya, bangun awal pagi , latih mereka secara berperingkat dan tanpa marah-marah atau memaksa.

Tasneem Naturel terengganu, tips anak mudah marah

2. KOMUNIKASI YANG BAIK

Gunakan bahasa yang difahami oleh anak.
Perhatikan cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak, jaga bahasa, intonasi kerana anak-anak cenderung untuk meniru.

tasneem naturel terengganu, tips anak mudah marah

3. MEMELUKNYA

Kadang-kadang, kemarahan anak adalah diakibatkan oleh hal-hal yang remeh.

Anak-anak juga mahu perhatian ibu bapa. Saatnya mereka kelihatan ingin marah, peluk anak dan nyatakan kita amat menyayanginya.

tasneem naturel terengganu, tips anak mudah marah
4. BERI ALASAN YANG LOGIK

Apabila kita melarang anak-anak daripada melakukan sesuatu perkara, berikan alasan yang logik yang boleh mereka fahami.

tasneem naturel terengganu,tips anak cepat marah
5. TUNJUKKAN TELADAN

Jika tidak mahu anak bersikap pemarah, ibu bapa dulu seharusnya tidak bersikap pemarah. Anak belajar daripada orang tuanya.

tasneem naturel terengganu, tips anak cepat marah
6. TETAP TENANG

Usah beradu kemarahan dengan anak. Tenang.Pujuk dengan lembut.

Bagi Muslim,ajar anak kecil beristighfar bersama-sama kita.

Ibu atau ayah boleh juga bacakan Surah Ali Imran : Ayat 200.

Niatkan moga diri kita dan anak-anak dikurniakan hati yang lembut dan sabar.

Semoga 6 tips ini boleh membanru ibu-ibu menghadapi anak mudah marah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *