Resipi ini dikongsikan oleh Pn Nur Fadzilah di blog peribadi miliknya. Dalam banyak-banyak resipi yang pernah Mommy cuba, ini yang paling senang rasanya untuk ibu-ibu sibuk dan agak tak berapa rajin nak duduk di dapur lama-lama.

Ramai ibu-ibu yang dah tahu khasiat Chicken Bone Broth atau nama lebih dikenali sebagai CBB ni rasanya. Pendek kata, CBB ni adalah Sup Tulang Ayam yang boleh diolah resipinya bersama perbagai jenis masakan untuk anak-anak. Ianya sangat baik untuk immune booster anak-anak.

Beza CBB dengan Sup Tulang Ayam biasa adalah CBB ni dimasak lebih lama dan disimpan dalam kiub untuk kegunaan masakan anak-anak nanti.

Antara kelebihan CBB yang lain ialah:
1) Melancarkan saluran penghadaman.
2) Menyokong sistem saraf
3) Memberikan kesan baik kepada rambut, kulit dan kuku
4) Baik untuk fungsi otot5) Sumber protein yang baik
6) Punca lemak yang baik7) Menguatkan imuniti badan
8) Makanan yang baik untuk otak
9) Memberikan kesan menenangkan

Resipi CBB (cara Pn Nurfadzilah) 

Bahan-Bahan :
1 kg kaki ayam atau tulang ayam (rangka)
1 biji bawang merah1 labu (kecil) bawang putih
1 inci halia1 batang carrot
2 batang celery
Sup bunjut atau 4 sekawan
Sebiji lemon (ambil airnya sahaja)
Air (agak-agak lagi suku nak penuh periuk)

chicken bone broth

 

Caranya :
1) Masukkan semua bahan ke dalam pressure cooker atau slow cooker atau periuk stainless steel dan masak dengan api perlahan.

Asalkan bukan periuk aluminium ye.
– Pressure cooker 1 jam
– Slow cooker 8 jam
– Periuk stainless steel 4 jam

 

2) Bila dah masak, tutup api dan biar dulu periuk tu sejuk baru buka penutup

3) Tapis air sup dengan penapis

chicken bone broth

 

4) Asingkan kaki dengan carrot celery. Carrot dan celery tu boleh blend buat penambah rasa dalam bubur anak.

chicken bone broth

 

5) Simpan dalam bekas ais bertutup atau bekas dadih dan sejuk bekukan.

chicken bone broth

 

Tips Penyediaan CBB :

1. Elakkan guna periuk aluminium. Ini kerana, aluminium ia akan bertindak balas dengan lemon dan menjadi toksik yang akan masuk ke dalam makanan anak nanti.
2. Gunakan air perahan lemon dalam CBB .Lemon berfungsi sebagai weak acid untuk melarutkan mineral dari tulang atau mengekstrak keluar semua zat dalam tulang ayam tersebut.

Selamat mencuba ya mommies!