Menjadi kebiasaan selepas bergelar ibu, setiap momen anak-anak membesar tu rasa nak ambil gambar. Bukan apa, untuk simpan sebagai kenangan. Malah, ada juga yang berkongsi di media sosial untuk tatapan kawan-kawan dan keluarga atau ada yang beralasan untuk simpanan dan kenangan, simpan dalam gallery handphone takut handphone rosak, hilanglah semuanya.

Apapun alasan kita sebagai ibu-ibu, perhatikan do and don’ts di media sosial. Mommy just nak share 5 jenis gambar anak yang tak sepatutnya kita muatnaik di media sosial untuk tatapan umum.

 

  1. Gambar Aurat Anak

Anak-anak yang masih kecil memang belum wajib menutup aurat. Namun, jangan pandang remeh perkara ini dengan berkongsi gambar mereka yang ‘seksi’ atau tidak berpakaian lengkap. Anak-anak ini akan membesar juga nantinya.

Selain itu, dikhuatiri juga gambar-gambar sebegini jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab atau berniat buruk. Selagi kita boleh elak, elaklah.

 

  1. Sesuatu Yang Memalukan Anak

Mungkin semasa kejadian itu , ibu bapa nampak ianya sesuatu yang melucukan. Just nak share sesuatu yang kelakar dengan kawan-kawan media sosial.

Sebagai contoh, rakaman video atau gambar anak  yang sedang ‘tantrum’, kencing malam, terkentut atau mendapat keputusan peperiksaan yang tidak dihajatinya. Apabila anak sedang meningkat usia terutamanya, mereka amat sensitif dan tidak suka menjadi bahan tontonan orang ramai. Malah, mereka mungkin diejek apabila dewasa kerana insiden yang ‘viral’ tersebut.

Oleh itu, fikirlah sedalamnya sebelum kita berkongsikan peristiwa sebegini dan hormatilah pendirian mereka sewajarnya. Jaga aib anak kita sejak kecil lagi.

 

  1. Gambar ‘Ultrasound’

Ramai je ibu-ibu yang mengikut trend memuat naik gambar ‘ultrasound’ kandungan, tambahan pula dengan pelbagai teknologi yang memudahkannya. Sebut saja ‘ultrasound’ jenis 2D, 3D, dan 4D, semuanya bak berada di hujung jari.

Menurut ulasan Mufti Wilayah PersekutuanDatuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, walaupun foto sebegini bukanlah termasuk dalam aurat ibu, namun ianya bertentangan dengan maksud janin dalam bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang tersebunyi. Selain itu, tidak mustahil gambar-gambar sebegini boleh menimbulkan aib atau fitnah atau tatapan mereka yang tidak bertanggungjawab.

 

  1. Butiran Peribadi Anak

Sekiranya memuatnaik gambar anak, pastikan tiada langsung butiran peribadi mereka seperti lencana sekolah, jadual persekolahan, Identity Card anak, kad rawatan dan sebagainya. Risau, zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Sebaiknya usahlah terburu-buru nak update itu ini berkenaan anak-anak mahupun peribadi kita sendiri.

Semua maklumat dan butiran peribadi ini perlulah anda simpan kerana ia membolehkan sesiapa saja menyalahgunakan maklumat atau menjejaki mereka dengan mudah.

 

  1. Gambar Dengan Anak Orang Lain

Dapatkan kebenaran ibu bapa anak tersebut terlebih dahulu sebelum upload gambar anak kita bersama anaknya. Itu sudah dikira sebagai privasi orang lain yang tak sepatutnya dicerobohi begitu sahaja. Hormati ibu bapa lain juga.

 

Anak-anak memang comel dan boleh menarik perhatian sesiapa sahaja. Bila muatnaik gambar anak denagn caption menarik sudah tentu boleh menaikkan engagement di media sosial. Namun, hati-hatilah ya mommies, jenayah siber semakin berleluasa. Aspek keselamatan mesti diutamakan.