Mempunyai anak-anak yang masih kecil bukanlah alasan untuk tidak meneruskan aktiviti-aktiviti yang kita sukai seperti hiking, melancong di dalam atau luar negara mahupun bercuti di pulau-pulau.

Puan Hadaani, ibu kepada 3 anak ini berkongsi tips beliau bercuti di pulau bersama anak-anak yang masih kecil.

Jom ikuti kisah beliau.

Dulu, saya pun tak berani sebab tak ramai kawan yang buat. Ingatkan pulau bahaya untuk anak-anak. Sayalah antara mak yang  ragu-ragu nak bawa anak-anak ke pulau. Hati berat sangat tapi nak bagi mereka gembira dan pengalaman ke pulau tu.

Anak kami, Huzaifah masa dalam kandungan lagi, kami dah bawa dia ke Pulau Redang, menginap di Resort Pelangi. Ayahnya ada urusan di sana, mak tumpang sekaki. So, gigih la nak pergi juga masa pregnant tu.

Kini Huzaifah dah pun 1 tahun 4 bulan, dua kali dah dia merasa ke pulau iaitu Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.

Rezeki Huzaifah sungguh ni, mak serta abang kakak dapat rasa sekali pada Mei 2018 yang lalu. Kisahnya, selepas menunaikan hak sebagai pengundi kami ke Hari Keluarga Hijraa Haealthcare yang diadakan di Pulau Redang. Masa tu, kami menginap di satu-satunya resort Melayu, Mak Temah. Makanan kat resort tu best sangat. Makan, mandi, tidur. Itulah kerjanya.

Sebelum cerita tips bawa anak ke pulau, nak share sikit tentang snokerling . Ramai juga tidak tahu, wanita mengandung sebenarnya dibenarkan snokerling. Tiada beza sangat snokerling atau berenang di kolam renang sebenarnya. Kedua-duanya baik untuk  ibu hamil. Akan tetapi, bergantung kepada ibu hamil tersebut. Ibu yang tiada komplikasi mengandung boleh buat aktiviti ni. Tapi, sebaik-baiknya di trimester ke-2 lah ye.

 

Ok. Ini dia 9 Tips Bawa Anak Kecil Bercuti Di Pulau :

 

  1. Rancang Percutian Lebih Awal 

Seperti biasalah kan, nak bercuti kena rancang masa yang sesuai. Tambah pula, nak ke pulau dengan anak-anak. Elakkan semasa laut bergelora atau pertukaran monsun.

 

      2. Mesti Bawa Jaket Keselamatan Kanak-Kanak

Selalunya, jaket yang disediakan di bot hanya untuk orang dewasa. Jarang disediakan untuk anak-anak. Tapi masa kami ke Pulau Lang Tengah, syukur ianya disediakan. So, pakaikan untuk anak-anak even mereka sangat tak selesa. Huzaifah terutamanya. Kakak dan abang sporting je, campur semangat nak ke pulau.

Ajar anak cara pemakaian, do’s and don’ts ketika di dalam bot dan pantai. Praktikal sekali, insyaAllah anak-anak ingat lepas itu.

 

      3. Bawa Sunblock Untuk Anak-Anak

Ini penting juga. Untuk mengelakkan kulit  terbakar dek cahaya matahari terik, mesti pakaikan sunblock. Budak-budak kalau jumpa pantai dan laut, matahari atas kepala pun tak perasan. Sebolehnya elakkanlah ye bermain di bawah terik matahari. Saya pakai Skeenz Balm daripada Tasneem Naturel. Selesa dan rasa lembab je muka, my husband pun senyap-senyap sapu kat muka. Suka ler tu.

      4.Bawa Makanan Dan Minuman

Pastikan kudap-kudapan cukup. Terutama air mineral. Cepat je budak-budak ni lapar.

Kali kedua dan ketiga ke pulau ni, kami dah ada pengalaman bawa anak-anak, satu beg tu, penuh dengan makanan je. Sebab dah tahu anak-anak ni kalau lapar, yang seronok pun jadi tak seronok.

 

      5.Bawa Baju tambahan

Bawa baju tambahan jika perlu. Kami tak bawa baju tukar dalam bot. Apa yang pakai pagi tu, itulah juga baju bawa balik petang di bot. InsyaAllah kering. Tidak perlu angkut beg camping pula atas bot. Tuala boleh bawa, jika mahu. Tukar baju apabila sudah sampai di darat atau hotel nanti (kalau bercuti day-trip).

 

      6. Bawa Ubat-Ubatan Yang Diperlukan

Pastikan bawa ubat-ubatan yang diperlukan. Panadol, Vicks, ubat muntah, minyak gamat, ubat gastrik. Wajib. In case of emergency. Kalau mak yang risau sangat, bawa insect repellent. Satu lagi, bawa juga plastik lebih in case ada yang muntah atau untuk buang sampah.

 

     7. Susu Dan Lampin Pakai Buang

Mudah je bawa bayi ni. Jika nak bawa dia berendam dalam air laut, bukakan lampinnya terlebih dahulu. Celup sikit-sikit kakinya supaya tidak terkejut, maklumlah air pulau ni sejuk.  Bimbing anak-anak ni bertafakur dengan alam mengikut cara mereka sendiri. Baby dan anak-anak akan enjoy insyaAllah.

Untuk susu pula, Alhamdulillah rezeki saya Allah mudahkan, anak tak perlukan air panas untuk susu. Cukup sediakan air suam dalam botol siap-siap. Di atas bot, tinggal buka penutup, tuang susu dan goncang. Breastfeed dialu-alukan. Bawa nursing cover siap-siap atau jika bertudung labuh, ianya tak jadi masalah. Disarankan juga untuk ibu-ibu menyusu untuk pakai baju mesra menyusu. Saya juga berbuat demikian.

 

       8. Solat hajat

Sehari sebelum bertolak, berdoa dan minta perlindungan untuk perjalanan kita sekeluarga. Laut itu cukup luas. Sesungguhnya kita tiada upaya untuk menghalang, sekiranya apa-apa menimpa. Doa mak makbul untuk anak-anak, gunakan sebaiknya.

 

       9. Gembira Dan Gunakan Waktu Bersama Anak-Anak Sebaiknya

Biarkan anak-anak belajar mengenali dunia sekeliling mereka. Usah banyak sangat ‘Jangan’. Yang penting jaga aspek keselamatan mereka sahaja. Biarkan mereka teroka benda baru. Kita juga, patut belajar dengan mereka.  InsyaAllah, ianya akan menjadi percutian yang berbaloi dan sangat bermakna.

Bolehlah lepas ni bawa anak-anak bercuti ke pulau ye mommies. Menarik kan?.