Sekarang ni, macam-macam jenis alat penggendong canggih di pasaran. Antara yang popular di Malaysia ni jenama Ergo,Pognae,Boba, Moby, Jumpsac dan lain-lain lagi. Jenama tempatan pun banyak juga.

Ramai ibu bapa yang yang memang perlukannya untuk memudahkan urusan seharian selain daripada memberi keselesaan kepada bayi especially semasa travel.

Mommy sarankan ibu-ibu pilih yang berkualiti selain pertimbangan harga yang berbaloi.

Artikel kali ini, mommy nak share untuk kita sama-sama beringat tentang kesalahan-kesalahan yang biasa kita lakukan tanpa disedari yang boleh memudaratkan bayi.

 

7 Kesilapan Babywearing Yang Ibu Baya Lakukan Tanpa Sedar :

 

  1. Saiz Yang Salah

Terlalu banyak jenis alat penggendong yang dijual secara offline mahupun online. Kadang-kadang kita terpedaya dengan harganya yang lebih murah di pasaran online, ada kemungkinan salah membuat pembelian. Ramai ibu bapa yang berasa ghairah untuk memilikinya tanpa mengikut keperluan anak mereka.

Bagi bayi yang berumur 1 tahun ke atas, mungkin tidak begitu bermasalah kerana mereka sudah agak besar dan mudah beradaptasi. Saiznya juga lebih fleksibel untuk bayi sebesar ini.

Namun, bayi yang kecil amat sensitif dan mungkin tidak dapat bertahan dalam ‘baby carrier’ yang tidak selesa untuk mereka. Sebab itulah anda digalakkan untuk mencubanya terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

 

  1. Memakainya  Terlalu Longgar Atau Terlalu Ketat

Cara pemakaian ini bukan saja boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan badan, tetapi ia juga mengundang bahaya kepada anak kecil.

Jika terlalu ketat, anak akan berasa sesak nafas. Sebaliknya, jika terlalu longgar pula, alat tersebut berisiko untuk terlurut dan menyebabkan anak terjatuh.

Cara untuk memastikan pemakaian yang betul adalah dengan menekan lembut pada bahagian belakang anak . Jika bayi bergerak ke arah kita, ini bermakna ia masih longgar. Satu lagi cara gendong bayi yang betul adalah kita sendiri berasa selesa apabila memakainya.

 

  1. Menganggap Kita Boleh ‘Hands-Free’

Walaupun bayi kita kini telah didukung oleh alat penggendong, jangan sesekali menganggap kita boleh melakukan apa saja menggunakan kedua-dua belah tangan  tanpa memikirkan keselamatan bayi.

‘Multitasking’ memanglah bagus, tapi perlu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk melindungi bayi jika terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini.

 

  1. Membiarkan Bayi Kepanasan

Sesetengah fabrik, terutamanya yang didatangkan dari luar negara mungkin sedikit tebal kerana mereka mempunyai iklim yang berbeza daripada negara kita. Fabrik yang tebal ini juga mungkin dipilih atas faktor kekukuhan dan tahan lasak.

Namun begitu, kita perlulah menyesuaikannya dengan pakaian yang dipakai oleh anak . Sentiasa periksa jika bayi nampak berpeluh-peluh dan tidak selesa, tanggalkanlah pakaian yang tidak perlu seperti topi, sarung tangan, stokin, dan sebagainya.

Jika ibu-ibu travel dalam  masa yang lama, tanggalkan sebentar alat penggendong dan berikan aliran udara segar untuk anak kita bernafas dari semasa ke semasa.

 

  1. Terlalu Awal Menggunakan Alat Penggendong ‘Front-Facing’

Jenis ‘baby carrier’ seperti ini sebenarnya menimbulkan pelbagai kontroversi atas alasan keselamatan dan keselesaan bayi.

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa ia kurang sesuai digunakan oleh bayi yang kecil, iaitu berusia bawah 6 bulan kerana kurangnya sokongan pada bahagian leher bayi yang masih lembut.

Bukan itu saja, ia juga menyukarkan  untuk melihat bayi jika mereka memberi sebarang isyarat ketidakselesaan selain menyebabkan ‘overstimulation’ kepada bayi.

Front facing babywearing

 

  1. Posisi Kaki Yang Terjuntai

Apabila memilih ‘baby carrier’, seeloknya pilihlah jenis yang dapat ‘merehatkan’ kaki bayi dengan sesuai. Jika dibiarkan posisi kaki dalam keadaan ‘terjuntai’ ini, ia boleh membawa risiko ‘hip dsyplasia’, seperti yang dinyatakan oleh kajian pakar.

Posisi sebaiknya adalah dengan memastikan peha anak dalam keadaan terbengkok (seperti dalam rajah di bawah), dan bukannya lurus ke bawah.

 

  1. Tetap Pada Satu Kedudukan Saja

Jika kita menggunakan ‘baby carrier’ jenis ‘ring sling’ atau ‘baby wrap’, terdapat kecenderungan untuk menggunakannya pada satu belah kedudukan saja, iaitu kiri atau kanan.

Selain mengelakkan ‘flat head syndrome’, ibu-ibu juga perlu menukar posisi apabila bayi semakin besar atau semakin bertambah keupayaan pergerakannya.

 

Baby carrier ini semestinya memudahkan ibu bapa, tapi aspek keselamatan dan keselesaan anak juga mesti dititikberatkan.