Mommy teruja sangat bila Tasneem Naturel keluarkan Baby Spa Set ni. Yalah, teringin juga nak beli mandian , lotion dan baby oil yang natural atau organik. Tapi, bila riki-riki harga, aummm! Boleh tahan harganya. Tapi, Baby Spa Set Tasneem Naturel ni, boleh dikatakan harga mampu milik berbanding produk lain yang 100% berasaskan bahan semulajadi.

 

Hadir dalam bentuk set lengkap dalam kotak cantik  3 in 1 iaitu Calming Baby Head To Toe untuk mandian dan syampu baby, Calming Lotion untuk kelembapan kulit baby dan Calming Massage Oil untuk urutan bayi atau sebagai baby oil yang disapu selepas mandi, ianya sangat berbaloi. Ketiga-tiganya berisian 30 ml.

 

tasneem naturel, baby spa set, baby oil, massage oil, baby lotion

 

Untuk kemudahan refill, atau untuk belian secara berasingan  ibu-ibu juga boleh mendapatkannya dalam bentuk loose :

  1. Head To Toe – 150 ml
  2. Baby Lotion – 100 ml
  3. Massage Oil – 50 ml

 

tasneem naturel, baby oil, baby lotion, massage oil, mandian bayi
Baby Spa Set Tasneem Naturel

 

tasneem naturel, baby oil, massage oil, baby lotionBaby Spa Set Tasneem Naturel

 

Menariknya, Baby Spa Set Tasneem Naturel ini bukan sahaja melengkapi keperluan bayi untuk mandi, bersyampu, melembabkan kulit bayi atau untuk urutan semata, ianya lebih daripada itu.

Ini kerana, Head To Toe, Massage Oil dan Lotion ini mengandungi minyak pati tumbuhan semulajadi yang dirumus khas untuk kegunaan bayi seperti lavender, marjoram, sweet orange, lemon oil, grapeseed oil dan lain-lain yang memberikan manfaat tertentu kepada bayi.

 

tasneem naturel, mandian bayi

Head To Toe mengandungi minyak pati levender, marjoram, roman chammomile, geranium , tangerine dan bergamot. Ianya boleh membantu menenangkan anak dan memudahkan anak tidur dengan lena.

 

Lotion mengandungi shea butter untuk melembabkan kulit dan juga minyak pati tumbuhan seperti Roman Chamomile, Marjoram, Sweet Orange, Geranium, Bergamot dan Tangerine. Ianya turut membantu memberikan keselesaan kepada anak dan juga menenangkan.

 

 Massage Oil mengandungi Lemon Oil, Jojoba Oil, Sweet Almond Oil, Grapseed Oil, Rosemary Oil ,Eucalyptus Oil dan Lavender Oil. Ianya membantu ibu-ibu membuat urutan kepada bayi agar bayi lebih selesa, tenang, mudah tidur dan dalam masa yang sama membantu melegakan batuk dan selsema bayi. 

tasneem naturel