Anak berumur 10 bulan ke atas semestinya dah makan. Ibu pula kadang pening nak masak apa yang sesuai kan? Mungkin boleh cuba masak mix vegetables pasta cara ini.

Resipi Creamy Baby Pasta menggunakan mix vege pasta ini sangat menarik dan menyelerakan.

Menerusi perkongsian seorang ibu muda di facebook miliknya Nur Fadzilah, resipinya amat mudah untuk dibuat.

Bahan seperti dalam gambar. (Pasta sayuran berbentuk star, Brokoli cincang, lobak merah potong dadu, ayam dipotong dadu kecil, seulas bawang merah dan bawang putih serta unsalted butter).

Caranya adalah :
1) Rebus baby pasta sehingga lembut dan toskan.
2) Tumis bawang putih dan bawang merah menggunakan unsalted butter atau olive oil. 
3) Masukkan ayam yang sudah dicincang halus.
4) Masukkan sedikit air. Kalau ada CBB (Chicken Bone Broth) , boleh masukkan juga.
5) Masukkan cheese. Saya guna Emborg Junior sliced cheese dan sayur yang sudah di dadu kan.
6) Kalau nak pekatkan kuah, tambah kan sedikit bancuhan tepung jagung. 
7) Bila kuah dah siap, boleh tuang ke atas pasta.

Senang kan? Anak pun berselera makan. Lambat suap je habis ditepuknya meja kuat-kuat.

Pasta sayuran ini amat berkhasiat kerana kandungan di dalam Pasta sayuran Eatalian Express ini sendiri terdapat 10 jenis puree sayuran yang memberikan nutrisi kepada anak-anak.

Baca di sini : Khasiat pasta berwarna warni tetapi yang tidak mengandungi sebarang bahan pewarna, 100% puree sayuran.

Selamat mencuba ya mommies.