Petua hilangkan batuk selesema anak guna ubi kentang ni Mommy baru terbaca kat website https://my.theasianparent.com/ Pelik tapi menarik. Pelik tu sebab mungkin tak pernah cuba kan?. Mungkin ada kawan-kawan Mommy dah pernah cuba. Selalu ubi kentang ni Mommy masukkan dalam sup je. Hehe.

 

tips hilangkan selsema batuk  anak

 

Of course, wajib jumpa doktor ya kalau anak tak sihat. Batuk selesema anak ni jangan dibuat main. Dah melarat kita juga susah.

Akan tetapi, boleh mencuba rawatan alternatif yang sesuai selagi tidak membahayakan anak-anak kita.

Kisah lanjut tentang petua ini diceritakan bagaiamana seorang ibu bernama Debbie yang anak kecilnya kerap selesema dan batuk. Beliau meletakkan kentang selama 1 jam di dalam stokin yang dipakai anaknya.

Selepas itu, anaknya tidak lagi kerap selesema dan batuk, malah boleh tidur lena.

Betul ke petua ni atau kebetulan ?

Ini sangat menarik.

Penyelidik perubatan, Jenny Hill, melalui kajiannya dalam Healthy and Natural World, juga menyokong petua menghilangkan batuk anak seperti yang dilakukan oleh Debbie ini.

 

Menurutnya, kentang dipercayai mempunyai sifat anti-toksik yang boleh membunuh bakteria dan virus. Dan pengetahuan ini telah diguna pakai sejak zaman purba Cina dan Mesir.

 

Jadi, adalah tidak mustahil untuk ibu bapa menggunakan petua ini dalam merawat anak-anak. Walaubagaimanapun, kalau keadaan anak masih tiada perubahan atau semakin teruk, pantas bawa mereka ke hospital.

 

Bagaimana nak amalkan petua ni ?

  • Hiris sebiji kentang lebih kurang 1/8 inci
  • Letakkan dalam stokin yang anak anda sedang pakai
  • Biarkan semalaman

 

Senangkan? Bolehlah mencuba selepas ini.

 

Menurut ibu-ibu yang telah mencuba, bukan saja cara ini mengurangkan batuk dan selesema, ia juga dapat menurunkan demam anak.

 

Laman WebMD, telah memaparkan yang kentang mempunyai sifat anti bakteria. Dan kentang mentah amat terkenal untuk membantu mengurangkan simptom artritis, jangkitan, melecur dan sakit mata.

 

Jika digunakan untuk membuat jus, kentang boleh membantu masalah perut tidak selesa dan kembung. Jika dijadikan serbuk dan dicampurkan dengan air, ia boleh membantu mengurangkan berat badan.

 

Menarik bukan? Walaupun awalnya petua menghilangkan batuk selsema ini hanya dengan sepotong kentang di dalam stokin. Namun begitu, janganlah menggunakan asalan ini untuk menidakkan anak anda mendapat rawatan doktor. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang keadaan anak anda. Jika bukan apa-apa yang serius, sokong pemulihan anak anda dengan petua seperti ini.

 

Boleh membaca perkongsian penuh dari Debbi Vigan’s di pautan ini.

 

Dan satu lagi, kalau kebetulan anak demam , selesema dan batuk semasa tiada stok kentang kat rumah. Anak tak sihat nak ke pasar pun malas kan?. Atau semasa travel yang makan masa yang panjang, tak terdaya pula nak potong-potong kentang kan?.

 

Jadi, boleh juga prepare balm ni. Mommy selalu ada stok kat rumah balm ni, senang bila perlukan terus boleh guna. Semasa travel pun boleh guna. Sapu-sapu je untuk bantu anak selesema, batuk atau demam. Bukan anak je boleh guna, tapi semua ahli keluarga.

 

Boleh baca lanjut di pautan ini ya. =)

Related Post

Tags: , , , , , , ,