Fragrance oil (pewangi) dan essential oil adalah sangat berbeza. Kegunaan dan komposisi kimia kedua-dua jenisnya juga adalah tak sama.

Selalunya, ramai yang beranggapan ianya sama asalkan wangi atau memberikan bauan tertentu. 

Mari kita tengok perbezaan ketara di antara kedua-dua jenis bahan ini.

Berikut adalah antara ciri-ciri Essential Oil :

  1. Baunya tak tahan terlalu lama. Selalunya hanya bertahan dalam 2-4 jam sahaja.
  2. Tidak terlalu wangi. Bau semulajadi tumbuh-tumbuhan seperti lavender, serai, halia dan bunga kenanga.
  3. 100% asli, pati minyak dari tumbuhan yang dihasilkan melalui proses penyulingan berstim.
  4. Hasil penyulingan adalah bergantung kepada kuantiti tumbuhan yang digunakan. 
  5. Proses penyulingan adalah rumit dan kosnya adalah tinggi.
    Kos akan lebih tinggi jika tumbuhan diimport.
  6. 100% asli dan tulen. Tiada campuran lain termasuklah air atau bahan pengawet.
  7. Ada sifat terapeutik yang boleh bantu atasi masalah kesihatan dan tambah baik kesihatan.

Berikut adalah antara ciri-ciri Fragrance Oil :

fragrance oil, tasneem naturel
  1. Bau wangi tahan 2 kali ganda lebih lama
  2. Bauan fragrance oil adalah sintetik (tiruan)
  3. Dihasilkan dalam makmal secara kimia
  4. Boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan harganya akan jadi lebih murah.
  5. Proses penghasilan mudah dan kos rendah
    Juga boleh dijual pada harga yang murah (atau mahal, bergantung pada jenama pewangi).
  6. Biasanya dicampur dengan alkohol supaya tahan lebih lama
  7. Tiada manfaat terapeutik, hanya bau wangi semata-mata

Balm Tasneem Naturel menggunakan Essential Oil yang premium pure, tetapi sudah dicairkan untuk kesesuaian anak-anak kecil juga terdapat campuran bahan semulajadi lain seperti shea butter dan beeswax.

Baca : Balm Tasneem Naturel Bantu Selesaikan Masalah Anak

Related Post

Tags: ,