Anak kerap sembelit ?

Anak meragam bila sembelit dan perut tak selesa.

Menjadi igauan ngeri kalau anak sembelit kan? Pernah ada satu masa tu, Mommy jaga anak saudara tau, sampai merah-merah muka dia meneran, sudahnya tak keluar apa pun. Lepas tu dia menangis kuat-kuat sebab tak selesa. Nak membuang tapi tak keluar. Sakit perut memulas pun ya. Kita pun tak jadi kerja juga lah.

Perlu difahami bahawa sembelit tidak di diagnoskan mengikut bilangan hari anak tidak membuang air besar. Ada ibu-bapa yang bimbang bila anak tidak membuang lebih dari 2 atau 3 hari. Sebenarnya ianya masih normal jika mereka tidak buang air besar dalam masa 3 hari asalkan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda sembelit.

Antara tanda-tanda anak mengalami sembelit ialah:

  1. Resah dan menangis terutama ketika ingin membuang air besar. Ini lazimnya dialami bayi.
  2. Bagi anak yang lebih besar, mereka mungkin mengadu sakit perut atau meneran dengan teruk.
  3. Najis kelihatan keras, kering dan berketul-ketul seperti tahi kambing.
  4. Anak sering kentut dan najis berbau lebih busuk.
  5. Apabila sering berlaku, sembelit boleh dikesan apabila anak membuang maksimum 3 kali seminggu, sering kembung dan kurang selera makan.
  6. Najis bercampur dengan darah disebabkan rektum yang luka akibat najis yang keras dan sukar dikeluarkan.

Antara punca sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak :

1. Susu Formula

Bayi yang berumur di bawah 6 bulan, susu formula merupakan punca sembelit yang paling kerap dikenal pasti. Bayi yang menyusu badan secara eksklusif agakjarang mengalami sembelit. Sebabnya, jika 5 hari tak membuang air besar, masih dikira normal jika tiada tanda-tanda meragam atau kembung.

2. Kurang air dalam badan

Biasanya ketika anak kurang sihat seperti selsema, sakit tekak atau demam, anak hilang selera untuk makan dan kurang minum air. Kurangnya air dalam badan boleh menyebabkan najis juga menjadi keras dan menjadi punca sembelit.

3. Lengah-lengah untuk ke tandas

Anak yang berusia 4 atau 5 tahun biasanya dah tak pakai lampin. Bila nak membuang, mereka akan ke tandas. Akan tetapi, kesibukan bermain kadangkala menyebabkan mereka sanggup menahan untuk membuang air besar.

Bagi anak yang sedang dalam proses “potty training”, mereka kadangkala mengalami tekanan atau sukar untuk menggunakan tandas. Akibatnya anak menjadi takut dan menahan diri untuk ke tandas. Najis akan terkumpul terlalu lama di dalam usus besar akan menjadi keras dan menyebabkan sembelit.

Cara atasi anak sembelit teruk :

Selain menggunakan ubat untuk melembutkan najis, terdapat juga cara mengatasi sembelit di kalangan anak- anak secara semulajadi. Antara cara atasi anak sembelit teruk tanpa guna ubat ialah:

  1. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan gerakkan kakinya seperti sedang mengayuh basikal. Ini akan meransang pergerakan najis dalam usus.
  2. Jika bayi yang menyusu formula, cuba tukar jenama susu. Mungkin perlu menukarnya beberapa kali sehingga mendapat susu yang sesuai dengan bayi.
  3. Untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, boleh beri makan sayur dan buah tinggi serat. Dalam bentuk puree.
  4. Beri anak minum air kosong sekerap mungkin tapi sedikit- sedikit.
  5. Kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang dan lobak merah.
  6. Seimbangkan pengambilan makanan dan minuman.
  7. Bagi anak yang berumur setahun keatas boleh cuba makan oren atau minum jusnya.

Selain itu, ibu-ibu boleh juga mencubapersediaan alternatif lain seperti menggunakan minyak pati tumbuhan untuk membantu anak yang sembelit ini boleh membuang air besar dengan baik.

Antara minyak mati tumbuhan yang bagus untuk masalah sembelit ini adalah seperti, minyak pati bunga lawang, serai dan halia.

Mommy suka guna Balm T Rub kerana ianya dah di  ‘dilute’ untuk kegunaan anak-anak seawal newborn lagi. Ianya sangat membantumasalah sembelit di kalangan anak-anak. Boleh baca selanjutnya di pautan ini.