Ibu-ibu biasa ke alami keadaan di mana anak tiba-tiba mengamuk tanpa tahu sebabnya? Kadang-kadang meraung tergolek-golek macam kena dera.

Tahukah ibu-ibu, faktor pemakanan anak juga kadang-kadang menyebabkan emosi dan sikap anak berubah. Perkara ini  kerap kita lihat pada anak yang menginjak umur 2 tahun.

Selain faktor lain, faktor pemakanan juga perlu diambil kira. Ini kerana ianya berkait rapat dengan proses perkembangan anak tersebut.

5 Jenis makanan ini wajar diberi perhatian untuk diambil secara seimbang atau dielakkan :

1. Produk tenusu

Jika anak anda jenis yang alergi kepada laktosa yang ada dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan lain iaitu bertukar menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa. Sebab? Kemungkinan jika anak itu lactose intolerance, apabila consume makanan yang tinggi laktosa, ianya akan menyebabkan kembung perut dan tidak selesa. Hasilnya, anak akan meragam akibat ketidakselesaan itu tetapi mungkin belum pandai nak explain apa yang mereka rasa. Ibu-ibu mesti peka dengan keadaan ini.

2. Pewarna tiruan

Pewarna tiruan yang banyak terkandung dalam makanan ringan mempunyai kaitan rapat dengan masalah ADHD, hiperaktif dan perubahan tabiat?. Ianya juga tidak baik untuk kesihatan anak dan mengundang penyakit-penyakit lain. Cuba elakkan daripada anak terbiasa dengan makanan yang tinggi pewarna tiruan seperti gula-gula, cup cake warna- warni, lollipop, air minuman berwarna ( yang bukan dari sumber semulajadi), air kotak biasanya.

3. Gula

Jika diambil melebihi paras yang normal ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan untuk jangka masa panjang. Kurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan gula.

4. Bahan pengawet

Terdapat dalam makanan terproses seperti makanan dalam tin, air kotak dan lain-lain. Pemakanan yang kaya dengan bahan pengawet akan mempengaruhi hormon dan adakalanya menyebabkan perubahan perasaan kanak-kanak, perkembangan terbantut dan mempunyai masalah tidur.

5. Bahan perasa

Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hiperaktif kepada kanak-kanak.

Memasak sendiri di rumah juga tidak menyelesaikan masalah ini sekiranya ibu menggunakan bahan perasa yang bukan semulajadi. Jom tukar kepada bahan-bahan memasak di rumah yang lebih sihat. Hari ini , kita disajikan dengan pelbagai alternatif untuk pemakanan yang lebih sihat. Banyak resipi-resipi menarik dan sihat yang dikongsikan.

Kesimpulannya, ibu perlu sentiasa perhatikan pemakanan anak-anak dan sediakan makanan yang terbaik untuk perkembangan mereka.

Related Post

Tags: , , , ,